Thursday, September 17, 2009

Allah yg izinkan kita beramal

ada orang kata, ".. lepas iktikaf di masjid mlm tadi, hatiku rasa sungguh tenang..". Terus rasa seronok, and selesa nak teruskan hari ni. And berazam utk teruskan iktikaf even sampai jumat mlm sabtu last night to iktikaf, since sabtu mlm ahad sukar nak iktikaf sbb kena bermuamalah dgn sanak saudara dari jauh yg jarang dijumpai.

ada orang lain balas, ".. kenapa aku rasa sama je.. mcm xde beza je..". Risau kalau amalannya ada kecacatan sbb x rasa tenang mcm member yg lagi sorang ni, dia pon kata ".. xpa2, ada lg 2 mlm ni, iAllah aku nak istiqamah dgn iktikaf, and doa kasik Allah terima doa2 aku..nanti aku pon boleh rasa tenang..".

---

Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah. Sedar atau tidak, kejayaan kita utk dapat beriktikaf pon sebenarnya adalah satu ketetapan dan nikmat daripada Allah!! Jgn lupakan nikmat ini. Again, jgn lupa ini adalah nikmatNya. Berapa ramai member2 kita, yg bila tgk kita tgh salin baju / gosok gigi nak pi masjid di pukul 4am tu, rasa "..mcm nak join iktikaf la..", tapi rasa mcm best tido, and then terus tido.

Me myself mlm ke 20 haritu (kalau x silap) plan nak iktikaf di masjid USM. Bangun2 kol 4am, tgh hujan lebat. Since xda transport lain melainkan pinjam motor member, terpaksa tahajud di rumah shj. Frust jugak, tp tenangkan hati "..ada hikmahnya ni..Allah lebih mengetahui". And alhamdulillah mlm lepas2 tu Allah kasik pergi jugak, dgn kemudahan2 yg ada.

Allah mengikut sangkaan hambaNya kepadanya (hadith qudsi). We don't know Allah's judgement towards us, so be husnuzon. And dlm satu surah al-Muddassir Allah menyebut yg mafhumnya bahawa dialah yg memberi petunjuk kepada hamba yg dikehendakinya. Tp kalau kita mmg ada buat kekurangan dan rasa x tenang, istighfar and ubah dirilah, itu yg terbaik. Bukan 'menyesal' beramal sbb "..Allah mesti x terima punye amalan aku td..".
bersahur di masjid USM trans.. lauk mesti banyak gile masa sahur.. he

Inilah secebis coretan yg baru dialami bersama kawan2 tadi.. and alhamdulillah pagi ni berjaya ajak member serumah pi tahajud kat masjid. Plan nak tido kat masjid mlm tadi (27th), tp sbb nak ajak member ni pi masjid jugak so tido kat rumahla, senang. Boleh tumpang motor die jugak :)

antara gambar terbaru Solah. Lately asik nak ikut pi surau, even terawih pun! Kalau terawih bawak mamat ni, nak dpt 4 rakaat isyak pon susah!.. and lagi satu tebiat terbaru Solah, mesti nak kopiah (yg dipanggil 'okok'=songkok) kalau ke masjid. kalau x dpt 'okok', mengamuk... huh, anak kesayanganku :)

Friday, September 11, 2009

i k t i k a f


iktikaf itu lepak di masjid
so kalu suke lepak, kali ni gi je masjid
he

anyway, iktikaf memberi pahala yg besar
di samping tu, lagi senang nak buat ibadah fardhi
sbb suasana membantu!

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan 3 hari lagi

terkenang perlakuan dan aktiviti2 di bulan ramadhan yg lepas2
terasa macam bulan ramadhan masa belajar is the best..

berbuka puasa

bazaar Ramadhan, paling ramai orang tau

solat terawikh

qiamullail

tazkirah

halaqah quran

Thursday, August 13, 2009

Asri - suara emas yang telah pergi

Asri Rabbani

Kumpulan Rabbani

Beliau meninggal dunia di Hospital Pantai pagi tadi, jam 11.15pg, selepas terjatuh ketika di RTM.

Bagi saya dia seorang pendakwah yg menyampaikan dakwahnya melalui nyanyian. Dari Nadamurni zaman arqam dulu sampai lah skrg.

And, i used to like his songs dulu, lebih2 lagi masa zaman Nadamurni. Suara dia mmg emaslah..

Tuesday, August 4, 2009

Sukar nak yakinkan semua

Dalam dunia ni terlalu banyak manusia yg pandai memberi komen. Sampaikan kadang-kadang tu, orang yang tak berapa bagus pengetahuan dan ilmunya akan sukar menentukan mana yang ter-baik dan mana yang ter-uk. Walaupun begitu, kadang-kadang ada komen yang dua-dua boleh pakai jugak. Cuma ilmu dan pengalaman yang mungkin boleh menentukan mana pendapat yang sesuai untuk keadaan mana.

Oh ya, sebelum terlupa. Salah satu pemberat utama dalam menentukan komen dan pendapat mana yang paling betul, mestilah yang datang dari pembuat hukum dan penentu perjalanan alam! Paling senang nak rujuk, Quran and Hadith laa, apa susah. Nak ikut manusia nye pendapat je, sampai bile bergaduh (kalau nak bergaduh la) pun memang x habis.

Contoh terbaru yang suka diungkapkan di sini ialah bila ada orang kata demonstrasi tak baik. Tapi ada yang kata baik. Ada yang kata, 'menguntungkan puak-puak tu je', tapi ada yg akan kata tidak, ni untuk kita semua. Susahlah nak yakinkan semua orang dengan sesuatu pendapat, kalau sudut pandang orang tu berbeza dari pengeluar pendapat itu.

So, macamna nak yakinkan semua orang? Heh. Kalau niat di hati nak meyakinkan semua orang, memang takkan berjaya lah. Sebab apa x boleh berjaya, semua orang tahu kot Tapi, ada satu benda yang maybe boleh buat orang yang tak berapa ada pendapat tu untuk yakin dengan pendapat kita - iaitu mengeluarkan pendapat dengan hujah yang kemas, tidak berat sebelah yang melulu dan tidak menipu atau mengkelepet. Kalau tak semua, pasti ada hati-hati yang akan terbuka dengan pendapat tersebut. Dan mungkin itulah kebaikan kita pada hari tersebut.

Apapun yang penting lagi, jangan mengalah dari sentiasa memberi pendapat, ideas, juga menegur kesalahan-kesalahan kawan-kawan di depan mata dan jugak yang sewaktu dengannya. Atau jugak dalam mendidik budak-budak kecil. Hah, yang ni kalau tak berani nak bersuara jugak memang sangat teruk. Lebih-lebih lagi kalau budak tu anak kita. Ni bab lainlah, bab mendidik anak pulak.. Anyway, make effort fot it. At least, kita dah cuba dengan tahapan kedua - dengan lisan kita.