Wednesday, May 12, 2010

its now GAMBLING time!

kenapa, kerajaan Malaysia makin menggalakkan judi?
tak cukupkah kerosakan dan fasad yg sedia ada?
nak ditambah??

geramnya rasa hati (Allah je yg tau ni)

-----
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

berita selanjutnya, >>

Friday, March 26, 2010

Lepas ni taknak dah

Lepas ni, kalau nak cari kerja, taknak dah tinggal jauh dgn si kecik ni.. (and of course his ummi). Tak boleh tahan, susah. Hati selalu diruntun kerinduan. Keletah, 'kenakalan', semua lah... Dah insaf dah, PJJ- it is not easy! Nak buat kerja pon kdg2 susah concentrate.

Its not just that. A father needs to monitor, take care and shape his children. Ni antara kegusaran utama skrg, sbb Solah dlm proses pembesaran yg penting.


p/s: i'm not a juve's supporter. its just the ball aa

dinosaur (raksasa!)

muka mcm arwah moyang Lim lah..

dgn anak uncle MuSa ngan spupu die (uncle urwah's doter)

peace! (x tau sapa ajar..)

Friday, March 19, 2010

Bila melalui masa-masa sukar

Bila melalui masa-masa sukar dalam kehidupan,
terfikir bukan sebelum ni x pernah melalui masa sukar,
kehidupan ni rasa mcm roda, segala kesulitan yg dulu,
akan berulang-ulang,

begitu juga dgn kesenangan. keseronokan.

Bila susah, pelbagai usaha dilaburkan,
tapi bila senang, bukan nak ambil iktibar dari kesusahan dulu tu,
tu yg bile kesusahan berulang, mati kutu, tak tau nak buat apa,
rutin insaf-alpa-insaf berulang,
inikah ciri-ciri seorang yg bergelar muslim?

Di mana sifat ihsan?
di mana sifat taqwa?
menyorok, atau hilang terus?
tak bahaya ke mcm tu?

Hiduplah dengan teruskan pendakian,
jangan mengalah, dan sentiasalah berusaha utk berubah,
bila sudah bermuhasabah.



Thursday, February 18, 2010

Tak semua yg anak mahu, kita beri

Ni antara ilmu2 yg baru juga dipelajari oleh kami (especially ayah la, sbb ayah belajar dari speech therapist a.k.a child's specialist, iAllah) ttg cara2 mendidik, berkomunikasi, bereaksi dan mengawal anak2

1.Tak semua yg anak kita mahu, kita beri. Anak (baca: solah) nak susu coklat, sekali sekala oklah, tp jgn bagi selalu. Anak nak mainan, belilah yg elok dan mampu, tp jgn beli semua yg dia nak. Anak (baca: solah) suruh ayah buat itu dan ini, x semua dibuat. Kena ingat, jangan sbb sayang sgt dekat anak, taknak lukakan hati dan harapan dia. This is not about lukakan hati, tp mengajar.

Antara benda yg kami taknak sgt Solah suka / 'agungkan'. At least we tried our best.. sbb kawan2 di sekeliling sgt kuat mempengaruhi

2. Jangan menipu anak. Kalau taknak bagi susu coklat, x boleh kata "..dlm susu coklat ada cockroach..". Kita nak keluar rumah, anak nak ikut, kita suruh die tunggu kat dapur, last2 sampai ke sudah x ikut. Tak boleh mcm ni, gunakan cara lain, mesti ada punye. Kita taknak anak develop dlm kepala dia, "..ayah ni x boleh percaya la..". Lebih buruk lg klau die buat perangai tu.

Yang ni dah janji, sbb tu belikan. Kecik, tp mahalnye..

3. Tegas. Nak bg contoh la. Solah kadang2 susah nak keluar bilik air, terutama kalau dah start memberus lantai bilik air. So ummi said, ".. ummi count until 10 je.." and definitely after 'ten', ummi will take solah out, walaupun sometime solah akan cry. But ummi will keep his words not to let him in..(kalau ayah dah suruh Solah masuk balik and count another ten...). One thing, ummi will do this 'politely', bukan harsh / mengamuk. So, moral of the story, ada masa kena tegas. Ini antara cara mengajar anak dos and donts.

Dah pandai bukak pintu bilik sendiri..so kena lock lah sementara x pandai bukak lock..

We should teach them, our children, and let them learn, this is life.
~coretan pengalaman~

Sunday, January 24, 2010

dua kali terkena..


seminggu sebelum..
Mcm biasa, minggu ni kene pergi jumpa kawan2, sebagaimana selalu hampir tiap2 minggu dilakukan. Dah diberi amanah oleh 'bapak', kenalah tunaikan dgn baik. Jarak tempat biasa tu jauh, so kene sewa kereta lah. Kol 8pg sms Bro, kata nak sewa kereta. Set! So mcm biasa, susun agenda, baca2 sket apa yg patut sambil buat kerja2.
Tiba2 dlm kol 5, dpt sms dari Bro, "kereta masuk workshop, sori..". Aduhai, ni jelah harapan kereta sewa yg available.. Akhirnya, terpaksa cancel dgn hati yg sedih (sedikit tension pon ada).

hari ni pulak..
Dgn harapan tinggi perjumpaan minggu ini akan berjalan dgn baik, agenda diatur (lebih kurang dgn minggu lpas punye, sbb x setel lg yg tu). Kereta pon dah siap dibaiki, kata Bro.
Lpas maghrib pi amik kereta, start, pecut terus. Janji nak jumpe dlm 830. Lpas masuk je highway, terdengar bunyi pelik - mcm bunyi ular 'berdesir'. Cek punye cek, terperasan temperature kereta di tanda 'H'! Aduh, apa hal ni.. So berhenti keluar di hentian sebelah Sungai Bakap. Matikan enjin and bukak hood depan. Tu dia.. air memancut keluar dari hos yg connect radiator dgn enjin kereta.. So radiator takda air, kering. Call member, mintak tlg.. Selepas diperiksa, mmg x possible nak teruskan perjalanan. Terpaksa patah balik. Terpaksa batalkan lg sekali this week.

---

Berat betul dugaan berkali-kali ni. Dan yg paling penting, perkara yg perlu dilakukan tertangguh lagi. So call smua kawan2 kata x jadi jumpa lagi. Ganti dengan kerja lain sket la..
Dalam hati, ".. Ada hikmah ni, gerenti punye.."