Friday, October 21, 2011

Prof Aziz Bari - pakar undang-undang digantung

Prof Aziz Bari, pakar undang-undang constitutional Law di Malaysia, telah digantung oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), atas kenyataannya yg dikatakan '... bertentangan dengan kepentingan universiti'.


Wait and see

Wednesday, October 19, 2011

Lama tak menulis. Solah dah 4 tahun, and somebody is coming..

alhamdulillah thummalhamdulillah

lama x update blog ni :)

Solah dah berumur 4 tahun last September (16th). and iALlah Solah pun akan dapat adiknya this early December (nak kena tukar nama bolg ke ek, jadi abusolah&...)

dengan (bakal) kelahiran ini, tugasan kami (termasuk Solah) akan bertambah. Banyak juga bekalan perlu disediakan. Bukan bekalan fizikal je, tp juga persediaan rohani dan mental untuk menghadapi pertambahan ahli keluarga ni.

Lepas ni kalau ada apa2 program dan aktiviti, nampak gaya Solah kena ikut ayahla. Baby mestila ummi kena jaga, senang nak nyusu. So bolehla ayah balik awal setiap kali program hehe.

Bincang pasal baby baru, Solah asik sebut nak baby boy. Die rasa baby boy boleh jadi 'kawan' die, die kata baby girl x best. hm, budak2 apalah die tahu.

ok nanti sambung lagi..

Thursday, March 17, 2011

Nikmat dari sang Pencipta

Nikmat pancaindera sangatlah berharga..Dengannya lah kita belajar mengenali dunia serta isinya. Pancaindera yang Allah jadikan termasuklah penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa semuanya memerlukan antara satu sama lain agar dunia ini dapat kita kenali..

Hari tu, ummi ternampak sekumpulan orang muda yang mempunyai cabaran penglihatan (visual difficulties), mereka sedang menunggu dua org rakan mereka yang sedang menukar tayar van..kesian mereka, so ummi terus teringat onyang Lim Solah. nak tahu lebih lanjut ttg onyang Lim boleh klik sini http://ncbm.org.my/files/ncbm/29/SBM11.pdf

Alhamdulillah, Allah berikan peluang kepada ummi mengenali lebih dekat dengan anak-anak yang Allah anugerahkan dengan cabaran salah satu deria selain dari masa yang dihabiskan bersama onyang Lim dahulu....semakin lama bersama mereka semakin sayang dan bersyukur atas nikmat ini...

Maka apakah dengan nikmat lima deria ini masih belum kita kenal Pencipta kita?

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (29 kali dalam surah ar-Rahman)

-ummi Solah-

Sunday, March 13, 2011

Membaca..

Alhamdulillah, pertama kali menulis dalam blog Abu Solah..

Solahuddin dah semakin besar, almost four. Banyak perkara yang Solah belajar, begitu juga ummi & ayah. Language solah sekarang sangat banyak, hampir setiap hari ada sahaja perkataan atau ayat baru..Solah dah boleh express reasons through verbal (mode protes: tak nak makan! tak nak kuat! biar sakit!) , dah pandai modify ayat bagi memenuhi his needs..Alhamdulillah.

Pada fasa inilah ummi & ayah perlu membentuk pemahaman dan penggunaan sesuatu ayat Solah agar berkembang mengikut acuan Islam...Yelah, Solah dah pergi school, sumber ilmu dah tidak terhad pada ummi& ayah, sekali sekala bila ditanya siapa yang ajar new word, jawapannya "dzil" atau "haziq" (peer group la tu). Makanya ummi & ayah perlu lebih creative menambat hati solah agar boleh membezakan yang baik dan tidak =).

Ya Allah berikanlah Solah kefahaman yang baik serta jadikanlah budaya menuntut ilmu mengalir didlm dirinya.....Ameen

Al-'Alaq:1-5

-Ummi Solah-

Wednesday, November 10, 2010

ankabut


genap 5 bulan.. sawang dah banyak. ankabut yg ada pon dah boleh buat sambal. ni sume sbb malas, takde sbb lain hehehe. kadang2 ada idea nak share di blog, tp masa pulak takde. bile ada masa, idea blah pi tempat lain pulak

Solahuddin the little warrior ni pon dah berevolusi dgn macam2 improvement, alhamdulillah. being a very talkative and like-to-question kid, being a bit active (not so la) lately. suka tiru ayat org tua, tapi ada jugak habit 'buruk' yg x bertukar - susah nak makan. kalau dapat nasi ngan kicap ok, kalau letak ayam or sayur dan yg sewaktu dgnnya, taknak makan. mcmna nak sehat ni solah?

skrg ni stage nak bagi solah ngafal lebih banyak zikir, doa, surah2 pendek, masyid2 mudah dsb. taklah senang sgt rupenye, mujur Solah ada ummi yg sabar dan komited :) allahumusta'an

p/s: semuga Solah akan dapat 'cahaya hati' secepat mungkin, ameen ya rabb