Monday, June 29, 2009

Hujung minggu..


Tiada apa yg pelik minggu lepas. Cuma pi kenduri walimah kawan ayah kat Ampang. Kenduri walimah ni agak 'luarbisa'. Bagi kami sekeluarga lah. Sebabnya? Tradisi walimah ni yg agak berbeza dari walimah yg lainnya.

Yg kahwin ni, kawan ayah masa di UIA. Berketurunan India Muslim. Apa yg lainnya? Kelainan pertama, tetamu tidak makan dulu sehingga pengantin tiba (pengantin tiba around 130ptg!!). Nasib baik kami sekeluarga dtg lewat, dlm kol 1 lebih. Kalau x, mencanak tunggu sejam lebih. Well, inilah kelainan nya. Kelainan kedua, kalau x silap, semasa tempoh 'menunggu', ada tazkirah. Power.

Maruku - appetizer

Si budak yg liat nak makan ni, menjamah sikit2 maruku yg diletakkan sendiri (tak boleh diganggu) ke dalam pinggan. Tapi bukan habis pun. TAPI aiskrim die habis dekat semangkuk setengah.. ish2 budak sorang ni

Kelainan ketiga, lauk pauknya. Ada 'ayam 85', kari kambing masala, beriyani, aiskrim, and yg paling pelik sket is 'bawang tairu' - looks like coleslaw la, almost. And satu lg, air 'sarbat'. Not sure apa benda, tp rasa dia agak memelikkan. Ayah hanya tahan minum secawan je.

Bawang 'masak' tairu

Tapi alhamdulillah. Rasa seronok sbb 'terpilih' menghadiri walimah ni, sbb lain dr yg lain. Dengan pengantin perempuannya yg pakai pakaian yg pernah kulihat masa cerita hindustan kat TV, dengan balingan bunga2 semasa pengantin berjalan, dan lain2 lagi.

Lepak2 di masjid, sambil solat-solat sket

Thursday, June 25, 2009

Kepingin durian..

i like this kind of durian - maybe nama dia durian kampong. kot la..
yg warna kuning2 cantik gebu kat Jusco tu kdg2 x sedap sgt..


akhir2 ni asyik2 terasa nak makan durian
bile nampak gambar pulut durian ni, makin2 terliur..

DURIAN.. ohh durian.. :)

Nak tengok dlm masjid Aqsa?

klik ni: http://www.360tr.net/kudus/mescidiaksa_eng/index.html
(macam 'google earth' inside the masjidil aqsa)

Tuesday, June 23, 2009

Pengakhiran yg bukan penamat


Akhirnya setelah beberapa lama perkara ini diputar belitkan media, persoalan utama terjawab.
"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional - Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi dan Lim Kit Siang" - dipetik dari Malaysiakini

Isu ini telah berlarutan beberapa ketika, dgn pelbagai telahan putar belit akhbar2 perdana Malaysia, juga telahan web2 dan suratkhabar maya yg lain. Dan akhirnya mereka membuat keputusan. This is good though, for certain quartet.

Najib: "Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan (Malaysiakini)".. Pulak dah..

Episod dan plot politik seterusnya akan berjalan dan terus berjalan.. Kita harus sentiasa ambil tahu, dan berwaspada!

Tuesday, June 9, 2009

Pembunuhan terbaru berlaku lg di Selatan Thai


"PATTANI: Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam masjid di selatan Thailand ketika jemaah sedang solat Maghrib semalam, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 19 yang lain di wilayah yang dilanda keganasan itu, termasuk imam Solat Maghrib berkenaan."

Sgt kasihan. Baru je last few days Najib ngan Abhisit cakap pasal pendidikan di Selatan Thai, ini balasan org Thai? Apa yg sebenarnya Abhisit boleh buat sebenarnya?
or, apa yg dia 'buat' sebenarnya?

utk berita lanjut, klik di sini