terkenang perlakuan dan aktiviti2 di bulan ramadhan yg lepas2
terasa macam bulan ramadhan masa belajar is the best..
Wednesday, August 19, 2009
Thursday, August 13, 2009
Asri - suara emas yang telah pergi
Beliau meninggal dunia di Hospital Pantai pagi tadi, jam 11.15pg, selepas terjatuh ketika di RTM.
Bagi saya dia seorang pendakwah yg menyampaikan dakwahnya melalui nyanyian. Dari Nadamurni zaman arqam dulu sampai lah skrg.
And, i used to like his songs dulu, lebih2 lagi masa zaman Nadamurni. Suara dia mmg emaslah..
Bagi saya dia seorang pendakwah yg menyampaikan dakwahnya melalui nyanyian. Dari Nadamurni zaman arqam dulu sampai lah skrg.
And, i used to like his songs dulu, lebih2 lagi masa zaman Nadamurni. Suara dia mmg emaslah..
Tuesday, August 4, 2009
Sukar nak yakinkan semua
Dalam dunia ni terlalu banyak manusia yg pandai memberi komen. Sampaikan kadang-kadang tu, orang yang tak berapa bagus pengetahuan dan ilmunya akan sukar menentukan mana yang ter-baik dan mana yang ter-uk. Walaupun begitu, kadang-kadang ada komen yang dua-dua boleh pakai jugak. Cuma ilmu dan pengalaman yang mungkin boleh menentukan mana pendapat yang sesuai untuk keadaan mana.
Oh ya, sebelum terlupa. Salah satu pemberat utama dalam menentukan komen dan pendapat mana yang paling betul, mestilah yang datang dari pembuat hukum dan penentu perjalanan alam! Paling senang nak rujuk, Quran and Hadith laa, apa susah. Nak ikut manusia nye pendapat je, sampai bile bergaduh (kalau nak bergaduh la) pun memang x habis.
Contoh terbaru yang suka diungkapkan di sini ialah bila ada orang kata demonstrasi tak baik. Tapi ada yang kata baik. Ada yang kata, 'menguntungkan puak-puak tu je', tapi ada yg akan kata tidak, ni untuk kita semua. Susahlah nak yakinkan semua orang dengan sesuatu pendapat, kalau sudut pandang orang tu berbeza dari pengeluar pendapat itu.
So, macamna nak yakinkan semua orang? Heh. Kalau niat di hati nak meyakinkan semua orang, memang takkan berjaya lah. Sebab apa x boleh berjaya, semua orang tahu kot Tapi, ada satu benda yang maybe boleh buat orang yang tak berapa ada pendapat tu untuk yakin dengan pendapat kita - iaitu mengeluarkan pendapat dengan hujah yang kemas, tidak berat sebelah yang melulu dan tidak menipu atau mengkelepet. Kalau tak semua, pasti ada hati-hati yang akan terbuka dengan pendapat tersebut. Dan mungkin itulah kebaikan kita pada hari tersebut.
Apapun yang penting lagi, jangan mengalah dari sentiasa memberi pendapat, ideas, juga menegur kesalahan-kesalahan kawan-kawan di depan mata dan jugak yang sewaktu dengannya. Atau jugak dalam mendidik budak-budak kecil. Hah, yang ni kalau tak berani nak bersuara jugak memang sangat teruk. Lebih-lebih lagi kalau budak tu anak kita. Ni bab lainlah, bab mendidik anak pulak.. Anyway, make effort fot it. At least, kita dah cuba dengan tahapan kedua - dengan lisan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)