Monday, April 28, 2008

makanan eksotik & sate kajang

haha, semalam ayah+ummi+Solah sempat singgah ke Rahang, Negeri Sembilan. Kononnye nak carik satu restoran ni, yg menurut Pakcik Fahmi Mustamir ada hidangkan makanan eksotik; kijang, landak etc.

carik punye carik, pusing punye pusing, tak jumpe2... penat dah.. alih2 terjumpa restoran Sate Kajang Haji Samuri.. disebabkan dah lapar, ummi+ayah balun je la makan sate. Solah? hehe, telan air liur je la.. hahaha

eh tp ummi x zalim sgt tau,ummi ada jugak suap Solah 'pati' kuah satay tu.hehe

Eksplorasi Menara Ilmu & Perkasa Matrix

Sepanjang 3 hari yg lepas (jumaat, sabtu, ahad), telah berlangsung nya EMI dan Perkasa Matrix, anjuran JIM dan Karisma.
EMI adalah program bebentuk motivasi dan pengenalan kepada suasana IPT utk lepasan SPM. Bertempat di UIA Gombak dan Kem Raudhah, Alang Sedayu, program ini berjaya menarik penyertaan seramai lebih kurang 100org peserta.
Perkasa Matrix pula adalah utk pelajar2 lepasan matrikulasi KPTM yg akan ke IPT nanti. Dengan peserta dianggarkan seramai 40org, prog ini dibuat di Pej JIM Melawati dan Bukit Cerakah,Shah Alam.
*****

di sini saya ingin mengucapkan tahniah pada AJK prog yg bertungkus lumus menjayakan program. kalian mmg hebat sbb sanggup luangkan masa dan tenaga utk ini. semoga Allah menerimanya utk diberati neraca kebaikan kalian. moga usaha kalian dilakukan dengan matlamat yg jelas dan hati yg ikhlas. sedarlah kita bahawa ini adalah salah satu program yg kita harapkan akan membantu peserta2 kita utk 'melangkah dgn lebih jauh' lagi dlm kehidupan mereka. mari kita muhasabah diri kita adakah kita berjaya utk itu atau tidak. akhir kata utk semua AJK, tahniah atas kesusahan yg antum alami sepanjang program.
kepada peserta2, andaikata banyak kekurangan dlm program ini, kami berharap agar kalian memaafkan kami. berilah feedback agar kami dpt memperbaikinya, jika ada. dan andaikata ada yg baik dlm prog ini, ambillah. kami nak korang sume berjaya dlm hidup sebenarnya, dan utk berjaya, memastikan diri sentiasa dekat dgn Islam adalah kuncinya. akhir kata, maafkan kami. hubungilah kami nanti!

Thursday, April 24, 2008

Adakah prinsip ini sangat betul?

Datuk Lee Kah Choon

Antara tajuk panas akhbar dlm minggu ini: Datuk Lee Kah Choon menerima jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan P.Pinang pimpinan Lim Guan Eng - satu dlm PDC (Penang Development Centre) dan satu lg dlm Invest-Penang Berhad. Datuk Lee adalah merupakan Timb Setiausaha Agung parti Gerakan pimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (pemangku Presiden). Setelah 'kejatuhan' BN dlm PRU-12 baru-baru ini, di samping gagal mempertahankan Pulau pinang, Datuk Lee telah menghantar surat bagi meletak semua jawatan beliau dlm parti, bertujuan utk 'bertanggungjawab' bagi kekalahan BN di Penang. Dan hujung minggu lalu, beliau telah menerima perlantikan kerajaan negeri yg baru dlm dua agensi di bawah kerajaan negeri.

Apa komen pimpinan BN?
Pak Lah: ..Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika diminta mengulas keputusan Lee menerima pelantikan itu berkata, ia bertentangan dengan semangat BN. (sumber:
www.bharian.com.my, 24/4/2008)

Ali Rustam: ..perbuatan Kah Choon itu menunjukkan beliau telah berpaling tadah kepada Gerakan dan BN.. ".. saya rasa beliau patut dipecat .."(sumber: www.utusan.com.my, 23/4/2008)

Pucuk pimpinan parti Gerakan: Tindakan beliau menerima tawaran kerajaan pakatan DAP dan PKR di Pulau Pinang melanggar prinsip dan arahan parti (sumber:
www.utusan.com.my, 24/4/2008)

>> Terbaru, semalam (23/4/2008) beliau telah mengisytiharkan keluar dari parti Gerakan dan BN, antara lain adalah kerana keputusan beliau terima tawaran kerajaan P.Pinang tidak diterima pucuk pimpinan parti.

************************************************

Pokok persoalan yg ingin saya utarakan di sini adalah,kenapa banyak pihak (dlm BN) tidak berpuas hati dengan keputusan beliau tersebut? Kenapa langkah ini dikatakan tidak mengikut semangat parti? Sedangkan kalau cuba dirujuk kenyataan beliau dlm akhbar2 utama, beliau ingin berbakti dan bertugas utk rakyat Penang dengan 'bebas' tanpa sentimen politik.
Tentang semangat parti ni pulak, adalah sesuatu yg saya pening sejak dulu lagi. Kalau diingat, langkah Datuk Shahrir Samad, ex-BBC Chairman satu ketika dulu yg menyokong usul dari pembangkang dlm Dewan Rakyat, menyebabkan dia menjadi bahan 'cemuhan' dan akhirnya menyebabkan beliau meletakkan jawatan.
..eh, kalau sesuatu cdgn tu baik, tapi dtg dari pihak lawan, mmg kita tak boleh pandang ke? adakah ini sikap yg sgt professional?

Tp pd pendapat saya, hampir semua pihak pun mcm ni jugak. Asal org lain buat, kita cemuh. Tp bila puak kita buat, kita pertahankan bila org lain cemuh. Tak gitu sepak terajang politik? Ok kot sbb politik ni mmg kurang semangat 'principle-centered', sbb mereka lebih pd 'party-centered' kan.
Sedikit komen lagi dari saya; keadaan yg meng'confuse'kan seperti ini akan membuatkan rakyat tambah bingung, tambah pelik. pelik dgn 'semangat parti' yg nampak pincang mcm ni. yelah, asal benda tu pimpinan parti A cadang, sume ahli parti A sokong. tapi kalau benda tu baik sgt mcmna pon, kalau parti B yg cadang, tendang ke dlm lubang terus.

I realize that we somehow ada that kind of sentimen utk terus memastikan survival parti kita di mana kita berada, tp kalau kita ambil sesuatu yg baik dari org lain itu, adakah akan mengurangkan undi pada parti kita? Akan kalahkah kita kalau kita buat sesuatu yg baik?

Monday, April 21, 2008

Gaza kehabisan bekalan bius!

Semoga Allah membuka hati kita semua utk terus-terusan membantu dan mendoakan mereka! Kasihan, dgn penderitaan mereka ini. Sumber2 asas kehidupan juga disekat, dahsyat sekali serangan tidak berperikemanusiaan dr Israel ini!

*******************************************
(sumber: http://palestinkini.info/)

Jumaat,18/4/2008 -Kementerian Kesihatan di Gaza Khamis lalu memberi amaran bilik-bilik pembedahan di hospital-hospital Gaza telah ditutup dan semua pembedahan telah ditangguh berikutan nitrus oksida anestetik untuk membius pesakit-pesakit sepanjang pembedahan telah habis digunakan.
Kementerian merayu kepada pertubuhan kesihatan antarabangsa dan semua semua pertubuhan kesihatan dan hak asasi manusia untuk bertindak bagi menamatkan malapetaka ini yang menyeksa para pesakit di Gaza.Hospital Wafa yang merupakan hospital pakar dalam pemulihan dan pembedahan di Gaza mengumumkan bahawa kakitangan perubatan dan pentadbirannya bersedia menyambung perkhidmatan perubatan untuk kes-kes kecederaan dan hilang upaya selepas hospital dibom sepanjang pencerobohan Israel di Gaza.
Pentadbiran hospital merayu kepada pertubuhan kesihatan dan perubatan antarabangsa untuk terus menyokong terutama hospital berikutan kesukaran yang dihadapi hasil pengepungan dan pencerobohan Israel di Gaza.

Friday, April 18, 2008

mangharapkan petunjuk dari Tuhan

Menghayati potongan ayat ke-5 dari surah Al-Fatihah;
".. dan HANYA KEPADANYAlah kami mohon pertolongan.."

Sungguh besar makna ayat ini jika dihayati dalam-dalam.
Sungguh hebat manusia yang dapat mengamalkan ayat ini dalam kehidupan. Pasti bila berada di dua persimpangan, Allah menjadi harapan. Kemudian, dengan pasti segala keputusan diambil dengan yakin. Kerana dia yakin, keputusannya itu adalah yang terbaik dari Allah untuknya.

hmm, i'm in a dilemma skrg, smoga Allah memberi petunjuk terbaik!

Tuesday, April 15, 2008

yang terakhir, tp bukannye yg paling kurang penting .. =)

















hampir 5 tahun kami melangkah bersama,
segala suka dan duka,
segala manis dan pahit,
kami bersama-sama berkongsi,

dan kini... kami terpaksa..
kami terpaksa melangkah pergi, ..
ke haluan ditetapi Ilahi


kami telah mengasaskan itu dan ini,
kami telah melakukan itu dan ini,
hingga ke Genting Highlands kami bersama tanpa si murabbi,
semua itu jd kenangan kini..



..TAPI, bukan satu kenangan yg kami akan lupai,
bukan satu kenangan yg kami ingin lupai,
di sini ada damai yg sgt abadi,
yg mmg takkan ada di kemudian hari



"YA'AKOB"
NAIM
ZUBAIR
HAZIKI
FADHLI
u.SAMSURI

Friday, April 11, 2008

nak kawen (1) - fikir lama2 sket

yg paling penting bile carik calon ni,adalah keseronokan selepas kahwen nanti, tu yg paling penting. kalau nak kejar best before kawen je, mmg senang; carik yg paling cun dlm kelas masa belajar, ajak kluar, then ... (na'uzubillah)

tp sedarlah, dlm agama kita ni, kawen mmg digalakkan! caranya? haa, ni yg bezakan kita dgn org2 yg xde pendirian tu.

mmg btol kite kena kenal dulu calon kita tu, in fact kita digalakkan kenal dulu! kalau tak kenal, nanti lpas kawen susah maa.. tp kenal tu mcmna? boleh tak jumpa2? kalau nak kluar sesama? call gayut2? haa, fikirlah sdri mana yg boleh and tak boleh. pokoknya jaga btol2 hubungan b4 kawen, sbb yg paling penting adalah slepas kawen. kalau b4 kawen x jaga btol2, nanti lpas kawen xda manisnye sgt dah! (i'm married so i know lah, ahaks) =) ALlah tgk sume yg kite buat. jgn try ALlah nye kuasa dah lah

kita ni ALlah jadikan ada nafsu. tu yg kita nak kat org lain jantina tu. kalau tak tertarik, hoho beter bncng ngan parents, hahaha.
apapun my humble pesanan, "think of ur future.. kalau skrg ni u tringin sgt nak makan nasi briyani sebanyak2nya, adakah lg 2 tahun, u akan suka nasi briyani, atau u tringin nak makan nasi tomato sebanyak2nye pulak?" my point is, berfikir panjanglah sbelum buat keputusan. kalau nak yg tu, nak yg tuu jugak.. kalau ada org bantah, kata tak sesuai ke apa ke, kita akan carik sribu satu alasan nak betulkan jgk kputusan kita.. and nanti, lpas nasik dah jadik bubur ayam, baru nak termenung and memikirkan kegopohan masa lalu..

Tuhan tak bg kita sume ilmu, termasuk ttg masa dpan kita. ada yg kita akan dpt dgn pengalaman, tidak boleh tidak. and pengalaman ni, memerlukan masa nak dpt.. tp sedarlah 1 perkara, kalau kita takde pengalaman tu lg, org lain ada! .. mmg org lain xkan sama dgn kita, tp dia boleh bg hint utk kita. jadikanlah pengalaman org yg lebih dulu sbg salah satu variables dlm kehidupan kite sdri.

Wednesday, April 9, 2008

Solah 'naik buaian'

Solah (kiri) dgn Pak Long Muiz atas buaian. malula Solah nampak perut,hehe


bebaru ni (ahad lpas) Solah ke Setiawan Perak, balik umah nyang (moyang).
nak tau nape? haa, jgn tekejut. SOlah ada majlis "naik buai" tau.hehe

apa itu naik buai? ni kire amalan orang lama2 la. sambut baby.
senanye umur Solah dah nak masuk 7 bulan.tp majlis ni dibuat utk anak kepada Makcu ummi (anak bongsu nyang), kire pangkat Pak Long la kat Solah. huyo, Pak Long pon lg muda 2 bulan dari Solah! hehehe

ayah Solah tak buat majlis mcm ni utk Solah. ayah Solah buat mcm yg digalakkan shj; aqiqah and cukur rambut. nabi suh buat camtu

Wednesday, April 2, 2008

Solah's new friendss

Solah dpt kawan baru, ramai jgk..

Mus'ab
Mu'az
Mus'ab 'Umayr
...

bestnye! nanti boleh skolah sesame. tp Solah jd senior la,hihihi
and, boleh gi Palestin tolong lawan Israel sesame!!!!

praise be to ALlah

info: gambar ini diambil menggunakan HP baru ayah yg dihadiahkan oleh ummi :)


Solah makin sehat skrg, alhamdulillah (praise be to Allah)
makin ceria, makin rajin 'membantu' ayah & ummi, hehehe