Sunday, January 24, 2010

dua kali terkena..


seminggu sebelum..
Mcm biasa, minggu ni kene pergi jumpa kawan2, sebagaimana selalu hampir tiap2 minggu dilakukan. Dah diberi amanah oleh 'bapak', kenalah tunaikan dgn baik. Jarak tempat biasa tu jauh, so kene sewa kereta lah. Kol 8pg sms Bro, kata nak sewa kereta. Set! So mcm biasa, susun agenda, baca2 sket apa yg patut sambil buat kerja2.
Tiba2 dlm kol 5, dpt sms dari Bro, "kereta masuk workshop, sori..". Aduhai, ni jelah harapan kereta sewa yg available.. Akhirnya, terpaksa cancel dgn hati yg sedih (sedikit tension pon ada).

hari ni pulak..
Dgn harapan tinggi perjumpaan minggu ini akan berjalan dgn baik, agenda diatur (lebih kurang dgn minggu lpas punye, sbb x setel lg yg tu). Kereta pon dah siap dibaiki, kata Bro.
Lpas maghrib pi amik kereta, start, pecut terus. Janji nak jumpe dlm 830. Lpas masuk je highway, terdengar bunyi pelik - mcm bunyi ular 'berdesir'. Cek punye cek, terperasan temperature kereta di tanda 'H'! Aduh, apa hal ni.. So berhenti keluar di hentian sebelah Sungai Bakap. Matikan enjin and bukak hood depan. Tu dia.. air memancut keluar dari hos yg connect radiator dgn enjin kereta.. So radiator takda air, kering. Call member, mintak tlg.. Selepas diperiksa, mmg x possible nak teruskan perjalanan. Terpaksa patah balik. Terpaksa batalkan lg sekali this week.

---

Berat betul dugaan berkali-kali ni. Dan yg paling penting, perkara yg perlu dilakukan tertangguh lagi. So call smua kawan2 kata x jadi jumpa lagi. Ganti dengan kerja lain sket la..
Dalam hati, ".. Ada hikmah ni, gerenti punye.."