Thursday, March 17, 2011

Nikmat dari sang Pencipta

Nikmat pancaindera sangatlah berharga..Dengannya lah kita belajar mengenali dunia serta isinya. Pancaindera yang Allah jadikan termasuklah penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa semuanya memerlukan antara satu sama lain agar dunia ini dapat kita kenali..

Hari tu, ummi ternampak sekumpulan orang muda yang mempunyai cabaran penglihatan (visual difficulties), mereka sedang menunggu dua org rakan mereka yang sedang menukar tayar van..kesian mereka, so ummi terus teringat onyang Lim Solah. nak tahu lebih lanjut ttg onyang Lim boleh klik sini http://ncbm.org.my/files/ncbm/29/SBM11.pdf

Alhamdulillah, Allah berikan peluang kepada ummi mengenali lebih dekat dengan anak-anak yang Allah anugerahkan dengan cabaran salah satu deria selain dari masa yang dihabiskan bersama onyang Lim dahulu....semakin lama bersama mereka semakin sayang dan bersyukur atas nikmat ini...

Maka apakah dengan nikmat lima deria ini masih belum kita kenal Pencipta kita?

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (29 kali dalam surah ar-Rahman)

-ummi Solah-

Sunday, March 13, 2011

Membaca..

Alhamdulillah, pertama kali menulis dalam blog Abu Solah..

Solahuddin dah semakin besar, almost four. Banyak perkara yang Solah belajar, begitu juga ummi & ayah. Language solah sekarang sangat banyak, hampir setiap hari ada sahaja perkataan atau ayat baru..Solah dah boleh express reasons through verbal (mode protes: tak nak makan! tak nak kuat! biar sakit!) , dah pandai modify ayat bagi memenuhi his needs..Alhamdulillah.

Pada fasa inilah ummi & ayah perlu membentuk pemahaman dan penggunaan sesuatu ayat Solah agar berkembang mengikut acuan Islam...Yelah, Solah dah pergi school, sumber ilmu dah tidak terhad pada ummi& ayah, sekali sekala bila ditanya siapa yang ajar new word, jawapannya "dzil" atau "haziq" (peer group la tu). Makanya ummi & ayah perlu lebih creative menambat hati solah agar boleh membezakan yang baik dan tidak =).

Ya Allah berikanlah Solah kefahaman yang baik serta jadikanlah budaya menuntut ilmu mengalir didlm dirinya.....Ameen

Al-'Alaq:1-5

-Ummi Solah-