Sunday, January 24, 2010

dua kali terkena..


seminggu sebelum..
Mcm biasa, minggu ni kene pergi jumpa kawan2, sebagaimana selalu hampir tiap2 minggu dilakukan. Dah diberi amanah oleh 'bapak', kenalah tunaikan dgn baik. Jarak tempat biasa tu jauh, so kene sewa kereta lah. Kol 8pg sms Bro, kata nak sewa kereta. Set! So mcm biasa, susun agenda, baca2 sket apa yg patut sambil buat kerja2.
Tiba2 dlm kol 5, dpt sms dari Bro, "kereta masuk workshop, sori..". Aduhai, ni jelah harapan kereta sewa yg available.. Akhirnya, terpaksa cancel dgn hati yg sedih (sedikit tension pon ada).

hari ni pulak..
Dgn harapan tinggi perjumpaan minggu ini akan berjalan dgn baik, agenda diatur (lebih kurang dgn minggu lpas punye, sbb x setel lg yg tu). Kereta pon dah siap dibaiki, kata Bro.
Lpas maghrib pi amik kereta, start, pecut terus. Janji nak jumpe dlm 830. Lpas masuk je highway, terdengar bunyi pelik - mcm bunyi ular 'berdesir'. Cek punye cek, terperasan temperature kereta di tanda 'H'! Aduh, apa hal ni.. So berhenti keluar di hentian sebelah Sungai Bakap. Matikan enjin and bukak hood depan. Tu dia.. air memancut keluar dari hos yg connect radiator dgn enjin kereta.. So radiator takda air, kering. Call member, mintak tlg.. Selepas diperiksa, mmg x possible nak teruskan perjalanan. Terpaksa patah balik. Terpaksa batalkan lg sekali this week.

---

Berat betul dugaan berkali-kali ni. Dan yg paling penting, perkara yg perlu dilakukan tertangguh lagi. So call smua kawan2 kata x jadi jumpa lagi. Ganti dengan kerja lain sket la..
Dalam hati, ".. Ada hikmah ni, gerenti punye.."

Tuesday, December 29, 2009

Solahuddin Al-Ayubi

Solah bersama Ultraman Tiga yg dihadiahkan oleh 'Nenek Sabah' nya :-). He's too excited with the present. Ayah & ummi teringin nak tengok Solah excited dgn watak2 hero lain seperti Solahuddin Al-Ayubi mcm Solah excited dgn Ultraman ni, tapi mungkin at this stage agak sukar, sampai ayah kata kat ummi, ".. mungkin kalau Solahuddin Al-Ayubi punye baju nampak moden and boleh keluar api+pistol tu sume, budak kecik akan suke.."


As a father, besar harapan ayah untuk melihat Solah berjaya. Berjaya boleh ditafsir dlm banyak aspek. As a baby, cepat berjalan+berlari+bercakap+skills developemnt etc.. Kemudian berjaya dlm pelajaran di sekolah dan IPT, seterusnya dlm bidang kerjaya, berkeluarga, bermasyarakat.. dan banyak lagi.

Tapi, rugilah, kalau sbg parent, hanya harap anak lulus SPM with straight As..

Lagilah rugi, kalau hanya harap anak dapat kerja bergaji besar..

Semua ni mungkin seronok dinilai, sbb mungkin boleh dibangga dgn sanak saudara & rakan2 segenerasi..

Ayah & ummi pon inginkan Solah berjaya dlm aspek2 di atas, banyak manfaat. Tapi ayah & ummi sgt berharap supaya Solah berjaya dlm aspek agamanya. Gaji yg besar tak boleh dibanding langsung dengan seorang muslim yg soleh. Bukan sahaja Solah yg soleh, kami harap Solah akan melakukan banyak pengorbanan utk agamanya.

Kepentingan agama pada anak2 tidak boleh dibiarkan tanpa dirancang.. Dan pendidikan agama tidak boleh disedari oleh parent nya semasa anak2 telah pon dewasa dgn berkata, ".. kalaulah dulu kita didik dia dgn ajaran agama yg baik..". Kubur kita pasti bercahaya dgn anak yg soleh. Dan setelah kita mati anak yg soleh akan boleh terus doakan kita. Percayalah, kita perlu doa dari mereka itu.

Ayah & ummi selalu berharap, Solah (dan adik2 yg akan datang insyaAllah) akan tergolong dlm golongan manusia yg bila ditarik nyawanya, Allah redhakan dia masuk ke syurga. Dan antara lain yg memungkinkan Solah masuk ke syurga, is kami harap sgt Solah akan membantu agama Allah. Persis Solahuddin Al-Ayubi.. Thats all we hope.

Grant us our wish ya Allah..
Show us the very right path for achieving this!! Ameen

Friday, December 11, 2009

ke Kuala Kangsar, 2009

PPNWN 2009. Ni gambar masa opening PPN

Semasa berumur 7 hingga 11 tahun (darjah 1 sampai darjah 5) ayah and family menetap di Kuala Kangsar. Masa tu ayah sekolah di Al-Furqan (atau nama pendeknya SRAF), adik kepada Al-Amin, sekolah ayah di KL. Memang banyak kenangan di Kuala ni, so bile dapat peluang lepak di Kuala selama 3 hari minggu lepas, hati ayah rasa sedikit teruja lah.

bangunan lama SRAF. Tempat kereta parking ni is astaka - tempat perhimpunan

bangunan yg lebih baru

Makan laksa and cendol Kuala kat tepi sungai, solat kat masjid Ridhuaniah, pi melawat masjid Chandan, menjenguk sekolah lama - SRAF, beli nasik lemak kampung dkat dgn SRAF dan jalan2 kat Taman Talang.. pendek kata seronoklah.

Masjid Chandan

Semasa pusing2 di Kuala, terdetik di hati ayah, inilah tempat awal ayah dpt pendidikan bercorak menyeluruh. Sekolah SRAF ni misalnya, walaupun subjek die terlebih banyak, tp sebenarnya lebih membentuk seorang dari subjek sekolah kerajaan. Pendek kata, pendidikan agama ni tak boleh pandang ringan lah. Ni lah hikmah sekolah kat sini walaupun masa tu bersusah payah bayar yuran, maklumlah swasta.

Ni belum masuk lagi aktiviti yg opah dan kawan2 susun utk ayah, kawan2 dan juga pakcu sume tu. Main lukis2 kat umah makcik Mahani, makan nasik lemak, kejar arnab.. Sumenye adalah usaha membina kami di bandar diraja ni. Aduhai, rasa rugi kalau x berjaya menjadi orang yg mereka harapkan. Baru2 ni masa pi Kuala, makcik2&pakcik2 ayah sume mcm 'terkejut' dan 'teruja' jupe ayah & ummi & Solah, sampai naik segan kami. Mungkin sbb anak kawan lama depa kot..

baru sampai dari KL. Solah bosan menunggu ummi. nak wat camna Solah,kan.. hehe

bergaya sebelum dihantar ke nursery

breakfast nasi lemak

kesian jugak tgk si Solah ni.. disebabkan takde aktiviti sesuai, dipaksanya kakak & abang yg x dikenali ni main sama2

Tuesday, December 1, 2009

alhamdulillah, Solah dah berumur dua tahun!

16 september 2009 yg lalu (lama dah x update..malas? hehe) umur Solah telah masuk tahun yg kedua. Pelbagai liku2 kehidupan telah Solah tempuh, apatah lagi untuk ayah&ummi ni

walaupun,..
bila Solah nak 'keluar', ummi menahan sakit..
bila Solah menangis, ayah&ummi x boleh tidur..
bila Solah sakit, ayah&ummi kena ambil cuti, tak datang program..
bila Solah demam panas, tak nyenyak tidur ummi nak jaram air..
bila Solah kena pergi klinik homeopati, banyak wang dikeluarkan..
bila Solah gaduh ngan pakcu rebut mainan, kena belikan yg baru..
bila Solah punya baju dah bertahi lalat, kena diganti baru..
bila Solah menangis ditinggal ummi, ayah kena pujuk dgn susu coklat..
bila Solah kencing atas cadar masa nak tukar pampers, kena basuh cadar..
bila Solah buat bising di masjid, ayah naik segan kat imam..
bila Solah mengamuk dlm jusco, ayah & ummi x selesa nak beli barang..
..yang paling ayah tak tahan, bila Solah menangis masa hantar ayah ke stesen bas.. "..nak ikut ayah USM.. (nak ikut ayah pi USM)", ayah x sampai hati nak naik bas, kdg2 mengalir airmata ayah dlm bas sbb terpaksa 'berpisah'..

tapi, ..
bila Solah lahir je ayah&ummi rasa gembira sgt..
bila Solah baca alif, ba, ta, syukur rasa hati ini..
bila Solah cakap "sorry ayah" sbb buat ayah sakit, sejuk hati ayah..
bila Solah cakap "thank you ummi" masa ummi bagi roti, ceria hati ummi..
bila Solah nak ikut ayah ke masjid, rasa dunia ni ayah&ummi yg punye..
bila Solah bercerita dgn ayah dlm telefon, ayah rasa dekat dgn Solah..
bila Solah ajak ayah main tembak2, ayah cuba layan walaupun penat..
bila Solah dpt mainan baru, terus jadi 'good boy'..
bila Solah nampak benda tak baik, Solah akan kata "not good"..
bila Solah suruh ayah kejar motor polis, ayah drive laju2, hehe..


...
.....
syukur, inilah nikmatnya ada anak, rupa2nya
penat? memang penat..
habis duit? memang mengalir la..
tension? bila tiba masalahnya, tuhan saja yg tau..
gembira? SANGATlah gembira!
dan akan menjadi teramatlah gembira hati ayah&ummi kalau dapat melihat Solah dan adik2nya nanti, menjadi manusia yg meninggal dunia dlm keadaan pasti masuk ke syurga Allah! ameen ya rabb


dengan opah di pagi eidul-adha yg lalu

super-latest obsession; PISTOL

penerus pahala ayah&ummi setelah mati.. ameen!

gaya seorang ustaz memberi tazkirah

ayah: berapa harganya ni?
ummi: shoes tu RM15, yg lain2 tak ternilai...!



Friday, October 16, 2009

iklan TV terbaru AirAsia tidak bermoral



Cuba anda tengok iklan tersebut. Saya baru shj perasan akan kekurengan iklan tu.

Iklan terbaru ni menunjukkan (menonjolkan) imej punggung wanita, yg diulang sebanyak 2 kali. And adegan punggung itu diberi perhatian dlm iklan. Seolah satu tarikan iklan. Pulak tu, yg 'mencuri tengok' tu seorang budak kecil

tak patut AirAsia buat iklan mcm ni, menonjol sangat. Lepas2 ni boleh jadi teruk lagi, x mustahil.

p/s: ini bukan bermakna iklan yang lain semua ok. Sama je, banyak gunakan 'sex appeal' dlm iklan.