Thursday, May 13, 2010

"ummi, nak iqra'!"

PEACE!! baru lepas gunting rambut. nampak kurus sket :)

Seperti malam2 lain, ummi call ayah. Solah nak cakap, katanya. Ini rutin kami, maklumla ayah masa weekdays x selalu bersama ngan Solah. Kalau dulu, Solah ni jenis taknak cakap ngan phone, kadang2 ayah call berkali2 pun, die taknak cakap. Puas ummi pujuk. Tp skrg alhamdulillah la, Solah dah improve dlm hal ni..hehe. Dia akan cakap ngan ayah, walaupun sekejap, sbb nak teruskan aktiviti bermainnya.

susah nak berenggang ni. tapi masa baru beli la..

Alhamdulillah, hari ni Solah nak cakap lama dengan ayah. Mood die ok kot. Sambil2 tu kepala ayah ligat mencari topik perbualan, supaya Solah tak bosan dan meletakkan phone. Soalan biasa dari ayah, "dah mamam ke?", "buat ape tu?" dan mcm2 lagi la. Dan satu soalan yg ayah jarang lupa is "abg dah solat ke?", "abg dah baca quran ke?". Biasanya jawapan Solah "dah!".. Rasa gembira bila dengar 'dah' tu, tp sebenarnya ayah tau, Solah merujuk kepada aktivitinya beberapa hari lepas or 'satu ketika dahulu'. Maklumla, budak2, x berapa tahu maksud 'tadi', 'dulu', 'semalam' dan yg sewaktu dengannya. Die ingat 'dulu' tu sama dengan 'tadi' kot.

suka mewarna, suruh ayah baca buku cerita dengan banyak (sampai ayah mengantuk), menconteng...

Tadi masa ayah tanya pasal quran, ayah pun bukak cerita pasal quran. "Baca quran good kan", "dalam buku abg Solah tu (one of Solah's storybooks) ada org baca quran kan..", etc etc. Kire macam bercerita pasal quran la dengan Solah. Tiba-tiba, x pasal2 Solah put aside the phone and asked ummi, "ummi, nak iqra'!". Ayah dengar dari speakerphone Solah mintak buku iqra' die kat ummi. Wah! Biar betul ni! Rasanya, inilah first time ayah berjaya menggoda Solah utk baca iqra' dari dalam phone je. Ish ni yg best ni. So ummi pun terpaksa 'bergerak' mengambil iqra' di atas rak buku. Sambil tu, ummi amik phone and merengek (dlm nada gembira) kat ayah, "napa ayah cakap pasal iqra', kan die dah nak baca..". Hehe. Ummi bukan apa, maklumla, letih sket akhir2 ini. Maklumla, dah berbadan dua.

dengan naufa, anak pakcik Naim masa dinner baru2 ni

So terdengarla bacaan dan alunan merdu (chewah!) suara Solah membaca iqra'. ".. ta.. ba... ba.. aa..". Dlm masa lebih kurang seminit, Solah pun "wassalamu". Hehe. Jadilah. Anak ayah.. Lepas je baca, Solah take up the phone semula and bgtau, "ayah, abg Solahuddin dah baca quran dah". Wah, best nye. Ayah pon jawab, "ok!". "Nanti abg Solah baca quran ngan ayah pulak..". Aih, pandai pulak die set jadual hujung minggu dengan ayah. Hehe.

Solah pakai 'scarf', sbb taknak bagi demam kena hujan

Mmg gembira hati bila Solah nak baca quran dgn sendiri tanpa disuruh. Hopefully die akan develop satu minat dan kefahaman yg baik ttg pentingnya kitab ni. Nak biasakan anak2 dengan amalan2 mulia para salihin, itu target kami. Bukan senang jugak, yelah, sbb depa x faham sgt lg kalau nak terang lebih2. Tp membentuk kebiasaan insyAllah akan membantu proses pemahaman satu hari nanti.

Atok suruh Solah masuk sekolah yg ada hafal al-quran bila dah besar nanti. Solah nak x?

Wednesday, May 12, 2010

its now GAMBLING time!

kenapa, kerajaan Malaysia makin menggalakkan judi?
tak cukupkah kerosakan dan fasad yg sedia ada?
nak ditambah??

geramnya rasa hati (Allah je yg tau ni)

-----
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

berita selanjutnya, >>