Thursday, April 30, 2009

its not hard, its just what we need


kdg2 terfikir
bila disuruh memimpin perkumpulan
adakah terlalu susah?

we'll read the quran
(we should read it anyway)
try to explain some
(if we can't, let others. or else, don't we wanna move?)
discuss things
simple, easy things
tough matters sometime, though
all, with firmed heart!

Allah will ease, surely
hang tak cuba, hang TAKKAN tau

sebabnya mudah sgt
tenangkan hati dgn bicara..
bicara tuhan dari kitabnya..
seminggu sekali ke, ok apa....

Monday, April 27, 2009

alhamdulillah, but i hope..

alhamdulillah, for God sake this is a good news
of course, someone is going to do hajj


but, what i am afraid of is
janganlah kerana perkara ini,we will think
that Obama, who is currently the President of a satanic country
is a good person
is a person that will give Muslim their true freedom
and will wipe the tears given to Muslim by the previous satan
Never!
why? because we know them!
**********

Nenek Obama kerja haji bersama keluarga UAE

DUBAI: Nenek Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, menerima pelawaan daripada jutawan hartanah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Sulaiman Al Fahim, untuk mengerjakan fardu haji tahun ini.

"Saya dapati beliau tidak pernah mengerjakan haji dan beliau ingin sangat nak pergi. Oleh kerana ibu kandung saya sudah tiada, keluarga kami ada tempat yang terluang. Saya mempelawa beliau dan beliau menerimanya," Ketua Pegawai Eksekutif Hydra Properties itu dipetik sebagai berkata oleh Arabian Business.

Penyedia berita perniagaan Dr Sulaiman dilaporkan bertemu Mama Sarah semasa melawat Kenya minggu lalu.

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Kerajaan Persekutuan

bukan mudah membuat keputusan
kelak dinilai dipuji dan dicaci
sudah diumum kerajaan persekutuan
bagus atau tidak kita akan tahu jugak nanti

**********

Susunan baru kabinet Kerajaan Persekutuan telah diumumkan ptg td.
As usual, banyak kejutan lagi.

komen2 dan pandangan ttg kerajaan yg baru boleh didapati:

akhirnya, AZILAH, SIRUL DIHUKUM GANTUNG BUNUH ALTANTUYA


syukur, mereka yg 'didapati bersalah telah mendapat hukuman yg setimpal' ... The truth has been revealed!

**********
KUALA LUMPUR: Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini.

Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.

Tuesday, April 7, 2009

Hari ini dlm sejarah - PR kecil di 3 tempat


Jangan terlepas utk mengikuti salah satu hari yg bersejarah dlm proses demokrasi 'terpimpin' di Malaysia hari ini, di mana 3 pilihanraya kecil diadakan serentak. As usual, we have PR vs. BN at all places, and x lupa juga calon2 bebas yg x kurang gempaknye di Bkt Selambau sbb ada 13 org!

Keputusan akan diketahui dlm jam 9mlm ini (7 April 2009).

Fakta
1. Parlimen Bkt Gantang, Perak:
BN vs. PAS vs. Bebas

2. DUN Bkt Selambau, Kedah
BN vs. PKR vs. Bebas (13 calon)

3. DUN Batang Air, Sarawak
BN vs. PKR

Link2 yg boleh dimanfaatkan utk mengetahui perkembangan terkini ketiga-tiga pilihanraya ini dari pelbagai sudut2 yg ada:


Friday, April 3, 2009

Solah tak sabar nak jumpa ayah, setiap weekend

Solah wrote: dah lama Solah x menulis ttg diri Solah, perkembangan Solah. asik ayah je yg menulis, hehee.. Anyhow, alhamdulillah, Solah dah berumur setahun enam bulan @ 18 bulan skrg. Dah boleh berjalan + berlari - walaupun lewat sket. and dah boleh bercakap - yg ni cepat sket (sbb ummi speech therapist kot hehe.. tq ummi). Praise only to God!

Mainan paling Solah suke, sumenye 'boyish'; car, ball. Pastu kalau Solah teringin nak keluar rumah, Solah akan trick ayah dgn mengucapkan "dog.. cat .. kokok (ayam)", sure ayah or aki or atok (atok paling senang cair,hehe) bawak Solah kuar rumah punye! hehe. Alhamdulillah


Last two weeks, Solah potong rambut for the 1st time ever! hehe, walaupun rambut Solah tak panjang kat depan, tp yg belakang dah panjang. And lepas potong, ummi & ayah suke sgt sbb diorg kata Solah makin comel with the new look.. :)

Skrg pun Solah dah few times ikut ayah gi surau / masjid. And ayah kata Solah ni good boy la, well behave. dlm masjid x lari jauh sgt dr ayah, walaupun Solah buat bising :) kdg2 jaddati x bagi bwk, tp ayah bawak jugak Solah gi surau. Praise be to God, again. This is really a nikmat.



Ayah wrote: Alhamulillah, pengalaman menjaga anak, dari baby sampai skrg (masih baby lg kot. or toddler) banyak mengajar erti kematangan dlm mengurus rumahtangga. Sesungguhnya tanggungjawab ni Allah bagi bukan main-main. Ini tanggungjawab yg mendidik. Mendidik kesabaran (this is the most important), mendidik ketahanan diri.

Ayah yg dulu x reti jaga Solah, x reti bagi makan, apatah lg bile kena jaga Solah masa ummi ada program, skrg ni alhamdulillah dah berubah (ye ke ummi? hehe..) Kalau dulu timbul rasa takut nak jaga Solah, tp skrg Alhamdulillah, ayah + Solah dah mampu 'bekerjasama' utk memudahkan 'hidup' masing2.hehee

Cuma satu je yg kurang best sket skrg ni. ayah dpt jumpa Solah setiap weekend je. hmm, ada himahnya.. tp kesian Solah yg kalau demam, selalu sebut nama ayah.. kan Solah?

Thursday, April 2, 2009

kisah Luqman dan Serigala


Sheikh Harun tinggal bersama-sama anak lelakinya, Luqman di sebuah kawasan padang pasir di Tanah Arab. Mereka mengusahakan perniagaan ternakan dan tanaman di sana. Pada suatu hari, Sheikh merasakan yg Luqman telah mencapai umur dewasa. Sheikh pun memanggil Luqman masuk ke kamarnya. Sheikh pun berkata, "Anakandaku Luqman, umurmu sudah cukup dewasa, sudah sepatutnya engkau memulakan hidup sendiri dan berdikari". Lalu, Sheikh pun menghulurkan wang 100 dinar kepada Luqman dan menyuruhnya mencari kehidupan di tempat lain. Semasa memberikan wang tersebut, Sheikh berharap suatu masa nanti Luqman akan pulang semula dengan kejayaan dan akan melipat-gandakan lagi wang 100 dinar yg diberinya. Keesokan hari, selepas solat Subuh, Luqman berpelukan dgn kedua orang tuanya dan lantas memulakan perjalanan. Luqman masih belum terfikir hala tuju perjalanannya, lalu dia mengikut kakinya sahaja menuju ke arah utara. Semasa berjalan, Luqman sentiasa berfikir tentang apa yg akan dilakukannya utk memulakan kehidupan dengan menggunakan duit pemberian ayahnya. Luqman juga menanam azam utk menggandakan duit tersebut dan menghadiahkan sebahagian hasil tersebut kepada ayahnya kelak.

Setelah seminggu lamanya berjalan, Luqman tiba di satu kawasan yg agak lapang dan sedikit berumput. Oleh kerana hari sudah petang, Luqman mengambil keputusan utk berhenti berehat di atas bukit di kawasan itu. Sedang berehat, Luqman ternampak seekor serigala yg sgt tua, agak jauh dari tempatnya berehat. Oleh kerana berada di tempat yg agak tinggi, Luqman masih dpt melihat dgn jelas apa yg sedang dilakukan oleh serigala tua itu. Sedang memerhati, Luqman sempat berfikir. Agaknya, bagaimana serigala tua ini mencari makanannya? Sudahlah tua, pasti dia tidak mampu memburu kerana tidak kuat berlari. Luqman mula berasa kasihan. Mungkin, tidak lama lagi, serigla tua ini akan mati kelaparan. Tiba2, terdengar bunyi yg agak pelik dari arah tidak jauh dari serigala tua itu. Rupa2nya, terdapat seekor hyena yg besar sedang mengejar seekor kambing. Kejar punya kejar, akhirnya hyena itu berjaya menangkap kambing tersebut. Setelah memastikan keadaan di sekelilingnya sesuai, hyena itu terus melahap kambing tersebut dengan rakusnya. Setelah menghabiskan separuh dari bahagian kambing itu, hyena itu berhenti makan dan menoleh ke kiri dan kanan. Tidak semena-mena, dia menggigit separuh bahagian kambing td, dan membalingnya ke arah serigala tua td. Apa lagi, serigala tua itu terus menghampiri daging yg dibaling tadi, dan makan dengan berseleranya.


Luqman memerhati peristiwa itu dgn asyik sekali. Luqman sungguh kagum dengan apa yg dilihatnya. Lantas, sesuatu terdetik dlm hatinya. Wujud satu keyakinan yg tinggi dlm dirinya, bahawa rezeki itu ketentuan Allah. Allah sudah menentukan rezeki makhluk2nya dan bila sampai masanya, rezeki itu tetap akan dtg. Lihat shj pd serigala tua tadi. Pada zahirnya dia nampak sgt tidak bermaya. Tetapi Allah telah menetapkan bahawa ia tetap akan mendapat daging kambing yg lazat itu pd hari ini, dan ia telah mendapatkannya. Lantas, Luqman menanam tekad utk berusaha sendiri utk mendapatkan rezeki dlm kehidupannya, kerana dia yakin, rezeki utknya telah ditetapkan dan dia yakin dgn kehendak Allah dia pasti berjaya dgn titik peluhnya nanti. Pagi keesokan harinya, Luqman terus berjalan pulang menuju ke rumahnya.


Sampai di rumah, Luqman terus menemui ayahnya. Sheikh Harun terkejut dgn kehadiran Luqman yg baru 2 minggu merantau. Lantas, Luqman pun bercerita kepada ayahnya sebab kepulangannya. Setelah bercerita mengenai kisah serigala tua itu, Luqman berkata, “Saya yakin rezeki itu milik Allah dan Allah akan memberinya kepada saya”. Luqman juga menyatakan hasratnya utk memulangkan duit 100 dinar itu sebelum memulakan semula perjalanannya. Sheikh Harun terdiam sejenak. Setelah berfikir buat seketika, Sheikh Harun pun berbicara. “Anakku Luqman, sungguh aku tertarik dgn kisahmu itu. Akan tetapi anakku, kenapa engkau menyamakan diri engkau dengan serigala tua itu? Kenapa tidak engkau samakan diri engkau dgn hyena itu?”. Luqman terpana. Sheikh menyambung, “Dengan segala kemudahan yg Allah sudah berikan kepadamu, kenapa tidak itu yg kau manfaatkan utk kehidupan masa depanmu? Kenapa perlu engkau menunggu pemberian org itu dtg kepadamu dan kenapa tidak engkau menjadi orang yg memberi bantuan pd org lain?”. Luqman tunduk membisu.


Terpulang pada pembaca utk menginterpertasi kisah ini, terselit di situ nasihat berguna utk semua