Sheikh Harun tinggal bersama-sama anak lelakinya, Luqman di sebuah kawasan padang pasir di Tanah Arab. Mereka mengusahakan perniagaan ternakan dan tanaman di sana. Pada suatu hari, Sheikh merasakan yg Luqman telah mencapai umur dewasa. Sheikh pun memanggil Luqman masuk ke kamarnya. Sheikh pun berkata, "Anakandaku Luqman, umurmu sudah cukup dewasa, sudah sepatutnya engkau memulakan hidup sendiri dan berdikari". Lalu, Sheikh pun menghulurkan wang 100 dinar kepada Luqman dan menyuruhnya mencari kehidupan di tempat lain. Semasa memberikan wang tersebut, Sheikh berharap suatu masa nanti Luqman akan pulang semula dengan kejayaan dan akan melipat-gandakan lagi wang 100 dinar yg diberinya. Keesokan hari, selepas solat Subuh, Luqman berpelukan dgn kedua orang tuanya dan lantas memulakan perjalanan. Luqman masih belum terfikir hala tuju perjalanannya, lalu dia mengikut kakinya sahaja menuju ke arah utara. Semasa berjalan, Luqman sentiasa berfikir tentang apa yg akan dilakukannya utk memulakan kehidupan dengan menggunakan duit pemberian ayahnya. Luqman juga menanam azam utk menggandakan duit tersebut dan menghadiahkan sebahagian hasil tersebut kepada ayahnya kelak.
Setelah seminggu lamanya berjalan, Luqman tiba di satu kawasan yg agak lapang dan sedikit berumput. Oleh kerana hari sudah petang, Luqman mengambil keputusan utk berhenti berehat di atas bukit di kawasan itu. Sedang berehat, Luqman ternampak seekor serigala yg sgt tua, agak jauh dari tempatnya berehat. Oleh kerana berada di tempat yg agak tinggi, Luqman masih dpt melihat dgn jelas apa yg sedang dilakukan oleh serigala tua itu. Sedang memerhati, Luqman sempat berfikir. Agaknya, bagaimana serigala tua ini mencari makanannya? Sudahlah tua, pasti dia tidak mampu memburu kerana tidak kuat berlari. Luqman mula berasa kasihan. Mungkin, tidak lama lagi, serigla tua ini akan mati kelaparan. Tiba2, terdengar bunyi yg agak pelik dari arah tidak jauh dari serigala tua itu. Rupa2nya, terdapat seekor hyena yg besar sedang mengejar seekor kambing. Kejar punya kejar, akhirnya hyena itu berjaya menangkap kambing tersebut. Setelah memastikan keadaan di sekelilingnya sesuai, hyena itu terus melahap kambing tersebut dengan rakusnya. Setelah menghabiskan separuh dari bahagian kambing itu, hyena itu berhenti makan dan menoleh ke kiri dan kanan. Tidak semena-mena, dia menggigit separuh bahagian kambing td, dan membalingnya ke arah serigala tua td. Apa lagi, serigala tua itu terus menghampiri daging yg dibaling tadi, dan makan dengan berseleranya.
Luqman memerhati peristiwa itu dgn asyik sekali. Luqman sungguh kagum dengan apa yg dilihatnya. Lantas, sesuatu terdetik dlm hatinya. Wujud satu keyakinan yg tinggi dlm dirinya, bahawa rezeki itu ketentuan Allah. Allah sudah menentukan rezeki makhluk2nya dan bila sampai masanya, rezeki itu tetap akan dtg. Lihat shj pd serigala tua tadi. Pada zahirnya dia nampak sgt tidak bermaya. Tetapi Allah telah menetapkan bahawa ia tetap akan mendapat daging kambing yg lazat itu pd hari ini, dan ia telah mendapatkannya. Lantas, Luqman menanam tekad utk berusaha sendiri utk mendapatkan rezeki dlm kehidupannya, kerana dia yakin, rezeki utknya telah ditetapkan dan dia yakin dgn kehendak Allah dia pasti berjaya dgn titik peluhnya nanti. Pagi keesokan harinya, Luqman terus berjalan pulang menuju ke rumahnya.
Sampai di rumah, Luqman terus menemui ayahnya. Sheikh Harun terkejut dgn kehadiran Luqman yg baru 2 minggu merantau. Lantas, Luqman pun bercerita kepada ayahnya sebab kepulangannya. Setelah bercerita mengenai kisah serigala tua itu, Luqman berkata, “Saya yakin rezeki itu milik Allah dan Allah akan memberinya kepada saya”. Luqman juga menyatakan hasratnya utk memulangkan duit 100 dinar itu sebelum memulakan semula perjalanannya. Sheikh Harun terdiam sejenak. Setelah berfikir buat seketika, Sheikh Harun pun berbicara. “Anakku Luqman, sungguh aku tertarik dgn kisahmu itu. Akan tetapi anakku, kenapa engkau menyamakan diri engkau dengan serigala tua itu? Kenapa tidak engkau samakan diri engkau dgn hyena itu?”. Luqman terpana. Sheikh menyambung, “Dengan segala kemudahan yg Allah sudah berikan kepadamu, kenapa tidak itu yg kau manfaatkan utk kehidupan masa depanmu? Kenapa perlu engkau menunggu pemberian org itu dtg kepadamu dan kenapa tidak engkau menjadi orang yg memberi bantuan pd org lain?”. Luqman tunduk membisu.
Terpulang pada pembaca utk menginterpertasi kisah ini, terselit di situ nasihat berguna utk semua
No comments:
Post a Comment