Thursday, April 9, 2009

akhirnya, AZILAH, SIRUL DIHUKUM GANTUNG BUNUH ALTANTUYA


syukur, mereka yg 'didapati bersalah telah mendapat hukuman yg setimpal' ... The truth has been revealed!

**********
KUALA LUMPUR: Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini.

Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.

2 comments:

QAYYIM HAFIDZI said...

tapi akhi, siapa yang mengeluarkan arahan tidak pula disabitkan kesalahan..

masih menjadi tanda soal.lastly, siapa dalang sebenar terkubur begitu aje

solahuddin the warrior said...

heh tu la
actually my posting pon, just nak perli sesiapa yg makan cili je

seriously, i'm not satisfied with the decisions and ploys all around this case!