Solah pegang deodorant. Nak ikut ayah, sbb tu die beli katenye..
Sebelum tidur die suke mengomel. Mmg tabiat die. Die akan tanya, "ayah, apa kita nak sembang ni?".. So ayah kenala carik topik yg sesuai. Die mmg x reti nak bukak topik sgt, sekali sekala je lah.
So dlm pening2 nak carik topik perbualan tu, ayah pon terfikir 'why not guna peluang ni cerita benda yg baik, instead of cerite yg lagha (mcm kereta control la, racing car la..hehe)'.
So starting from that, ayah pon mula sembang benda-benda baik sketla. Sekali sekala, cerita "Eh Yahudi ni jahatla buat org palestin kan (dgn nada terkejut haha)..". Die akan terus berminat dan kami pun berceritalah melalut sampai die akan keluar ayat2 mcm "..nanti abg dah besar abg nak jadi Ultraman nak tolong Palestin..".. dan mcm2 lg la. hehe oklah tu. yg penting ada target dari kecik. Bukan tu je, ayah akan kaitkan sampai ke point "..Allah sayang kalau kita buat baik.. tolong org..", dan Solah akan tambah "tolong org mcm Ultraman!..(ultraman lagi..)", ".. nanti nak masuk syurga, dalam syurga ada mainan...Ultraman (mainan jugak).. racing car.. etc etc)".
Itujela nak share. Ini mungkin salah satu dari contoh2 aktiviti kami la. I regard this as a process utk terapkan perkara baik pada anak-anak, menerapkan tasawwur islam sejak dari kecil lg pada dirinya.
And actually proses menerapkan benda baik pada anak ni, from my point of view, kena istiqamah dan x boleh celup2 ikut sempat je. Ayah pernah dulu masa Solah kecik rajin bawak Solah ke masjid. Tapi after sometime, busy dgn kerja dan program sampai jadi jarang bawak dia. Yelah mana taknya, kita rushing nak gi meeting lepas office, so keluar nak ke masjid tu terus nak ke meeting so x bolehla bawak dia (balik meeting lambat). Kesannya, Solah punya minat nak ke masjid berubah! Mmg ketara. Kalau sebelum ni mcm pakguard tunggu depan pintu bile tau ayah nak gi masjid, lepas2 tu trus pergi pun taknak, tak best katanya.
Alhamdulillah lepas sedar benda tu berlaku ayah pun ubah sket style, cuba utk bawak Solah semula dan cuba ubah sket style so that ada masa utk bawak die gi masjid kecik (surau). Mula2 dia liat jugak, tp nampaknye skrg dah makin kendurla. Oklah tu.
Allahul musta'an..
No comments:
Post a Comment