Alhamdulillah, pertama kali menulis dalam blog Abu Solah..
Solahuddin dah semakin besar, almost four. Banyak perkara yang Solah belajar, begitu juga ummi & ayah. Language solah sekarang sangat banyak, hampir setiap hari ada sahaja perkataan atau ayat baru..Solah dah boleh express reasons through verbal (mode protes: tak nak makan! tak nak kuat! biar sakit!) , dah pandai modify ayat bagi memenuhi his needs..Alhamdulillah.
Pada fasa inilah ummi & ayah perlu membentuk pemahaman dan penggunaan sesuatu ayat Solah agar berkembang mengikut acuan Islam...Yelah, Solah dah pergi school, sumber ilmu dah tidak terhad pada ummi& ayah, sekali sekala bila ditanya siapa yang ajar new word, jawapannya "dzil" atau "haziq" (peer group la tu). Makanya ummi & ayah perlu lebih creative menambat hati solah agar boleh membezakan yang baik dan tidak =).
Ya Allah berikanlah Solah kefahaman yang baik serta jadikanlah budaya menuntut ilmu mengalir didlm dirinya.....Ameen
Al-'Alaq:1-5
-Ummi Solah-
No comments:
Post a Comment