Thursday, April 24, 2008

Adakah prinsip ini sangat betul?

Datuk Lee Kah Choon

Antara tajuk panas akhbar dlm minggu ini: Datuk Lee Kah Choon menerima jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan P.Pinang pimpinan Lim Guan Eng - satu dlm PDC (Penang Development Centre) dan satu lg dlm Invest-Penang Berhad. Datuk Lee adalah merupakan Timb Setiausaha Agung parti Gerakan pimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (pemangku Presiden). Setelah 'kejatuhan' BN dlm PRU-12 baru-baru ini, di samping gagal mempertahankan Pulau pinang, Datuk Lee telah menghantar surat bagi meletak semua jawatan beliau dlm parti, bertujuan utk 'bertanggungjawab' bagi kekalahan BN di Penang. Dan hujung minggu lalu, beliau telah menerima perlantikan kerajaan negeri yg baru dlm dua agensi di bawah kerajaan negeri.

Apa komen pimpinan BN?
Pak Lah: ..Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika diminta mengulas keputusan Lee menerima pelantikan itu berkata, ia bertentangan dengan semangat BN. (sumber:
www.bharian.com.my, 24/4/2008)

Ali Rustam: ..perbuatan Kah Choon itu menunjukkan beliau telah berpaling tadah kepada Gerakan dan BN.. ".. saya rasa beliau patut dipecat .."(sumber: www.utusan.com.my, 23/4/2008)

Pucuk pimpinan parti Gerakan: Tindakan beliau menerima tawaran kerajaan pakatan DAP dan PKR di Pulau Pinang melanggar prinsip dan arahan parti (sumber:
www.utusan.com.my, 24/4/2008)

>> Terbaru, semalam (23/4/2008) beliau telah mengisytiharkan keluar dari parti Gerakan dan BN, antara lain adalah kerana keputusan beliau terima tawaran kerajaan P.Pinang tidak diterima pucuk pimpinan parti.

************************************************

Pokok persoalan yg ingin saya utarakan di sini adalah,kenapa banyak pihak (dlm BN) tidak berpuas hati dengan keputusan beliau tersebut? Kenapa langkah ini dikatakan tidak mengikut semangat parti? Sedangkan kalau cuba dirujuk kenyataan beliau dlm akhbar2 utama, beliau ingin berbakti dan bertugas utk rakyat Penang dengan 'bebas' tanpa sentimen politik.
Tentang semangat parti ni pulak, adalah sesuatu yg saya pening sejak dulu lagi. Kalau diingat, langkah Datuk Shahrir Samad, ex-BBC Chairman satu ketika dulu yg menyokong usul dari pembangkang dlm Dewan Rakyat, menyebabkan dia menjadi bahan 'cemuhan' dan akhirnya menyebabkan beliau meletakkan jawatan.
..eh, kalau sesuatu cdgn tu baik, tapi dtg dari pihak lawan, mmg kita tak boleh pandang ke? adakah ini sikap yg sgt professional?

Tp pd pendapat saya, hampir semua pihak pun mcm ni jugak. Asal org lain buat, kita cemuh. Tp bila puak kita buat, kita pertahankan bila org lain cemuh. Tak gitu sepak terajang politik? Ok kot sbb politik ni mmg kurang semangat 'principle-centered', sbb mereka lebih pd 'party-centered' kan.
Sedikit komen lagi dari saya; keadaan yg meng'confuse'kan seperti ini akan membuatkan rakyat tambah bingung, tambah pelik. pelik dgn 'semangat parti' yg nampak pincang mcm ni. yelah, asal benda tu pimpinan parti A cadang, sume ahli parti A sokong. tapi kalau benda tu baik sgt mcmna pon, kalau parti B yg cadang, tendang ke dlm lubang terus.

I realize that we somehow ada that kind of sentimen utk terus memastikan survival parti kita di mana kita berada, tp kalau kita ambil sesuatu yg baik dari org lain itu, adakah akan mengurangkan undi pada parti kita? Akan kalahkah kita kalau kita buat sesuatu yg baik?

1 comment:

Anonymous said...

bagi aku, sekarang BN hanya bekerja utk survival politik parti sahaja.

BN tak serve the rakyat pun dan mereka tak percaya pada konsep bi-partisan government (kerajaan 2 parti).

sangat undemocratic. lg satu,since racial-politics BN dah obsolete, BN dah tersangatlah irrelevant skrg