Monday, April 28, 2008

Eksplorasi Menara Ilmu & Perkasa Matrix

Sepanjang 3 hari yg lepas (jumaat, sabtu, ahad), telah berlangsung nya EMI dan Perkasa Matrix, anjuran JIM dan Karisma.
EMI adalah program bebentuk motivasi dan pengenalan kepada suasana IPT utk lepasan SPM. Bertempat di UIA Gombak dan Kem Raudhah, Alang Sedayu, program ini berjaya menarik penyertaan seramai lebih kurang 100org peserta.
Perkasa Matrix pula adalah utk pelajar2 lepasan matrikulasi KPTM yg akan ke IPT nanti. Dengan peserta dianggarkan seramai 40org, prog ini dibuat di Pej JIM Melawati dan Bukit Cerakah,Shah Alam.
*****

di sini saya ingin mengucapkan tahniah pada AJK prog yg bertungkus lumus menjayakan program. kalian mmg hebat sbb sanggup luangkan masa dan tenaga utk ini. semoga Allah menerimanya utk diberati neraca kebaikan kalian. moga usaha kalian dilakukan dengan matlamat yg jelas dan hati yg ikhlas. sedarlah kita bahawa ini adalah salah satu program yg kita harapkan akan membantu peserta2 kita utk 'melangkah dgn lebih jauh' lagi dlm kehidupan mereka. mari kita muhasabah diri kita adakah kita berjaya utk itu atau tidak. akhir kata utk semua AJK, tahniah atas kesusahan yg antum alami sepanjang program.
kepada peserta2, andaikata banyak kekurangan dlm program ini, kami berharap agar kalian memaafkan kami. berilah feedback agar kami dpt memperbaikinya, jika ada. dan andaikata ada yg baik dlm prog ini, ambillah. kami nak korang sume berjaya dlm hidup sebenarnya, dan utk berjaya, memastikan diri sentiasa dekat dgn Islam adalah kuncinya. akhir kata, maafkan kami. hubungilah kami nanti!

2 comments:

Dini Syarif said...

Akob,

Thanks sebab banyak membantu. Alhamdulillah, adik-adik semua sangat puas hati tentang makanan!

Pengorbanan seorang bapak; tinggalkan Solah demi program! Abeh la, report kat Solah :P Abi dia buli... Haha...

solahuddin the warrior said...

sebok je Uncle Dhany ni..
haha