Tuesday, December 30, 2008

Palestin, kami menangis bersamamu!

sedihnya.. kalau Solah yg cedera mcm ni,... ALLAHuakbar!!

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Solah, ayah&ummi berasa cukup simpati dgn rakyat Palestin. Rasa seperti hendak menangis! Rasa mcm nak tumbuk org, geram! Sungguh, Israel laknat sgt kejam. haruskah dibunuh civilians dlm perang yg berat sebelah sebegini?
Sudahlah tidak menghormati gencatan senjata selama ini, tetapi masih lagi menyerang dan memberi alasan2 mengarut mengaburi masyarakat dunia.
Sedarlah masyarakat dunia, kita ditipu bulat2 oleh cerita2 yg dikarang oleh US dan Israel. Kita ditipu supaya menganggukkan kepala membenarkan apa yg berlaku ke atas rakyat palestin.


Semalam di UK, 2000org keluar untuk menunjukkan bantahan kepada Israel. Dan alhamdulillah, mereka bukannya org Islam. Ini menunjukkan krisis bukan shj difahami oleh org islam, malah bukan islam juga sudah memahami jeleknya US dan menunjukkan sokongan kepada Palestin.
Isu human rights - yg selama ini digambarkan seolah2 diterajui US juga sebenarnya hanyalah satu permainan gila yg menipu kita masyarakat dunia. Mereka bukanlah peneraju isu human rights, tapi mereka peneraju "American Way of Human Rights". Buktinya? Hamas yg memenangi pilihanraya demokrasi yg dilaung2kan mereka dinafikan hak menerajui Palestin atas alasan Hamas pengganas dan tidak layak. Ini adalah satu pembohongan terpilih yg sangat laknat bertujuan memenangkan nafsu mereka semata2.


Wahai masyarakat dunia, bangkitalah kita menentang pencabulan ini dengan apa shj cara. Bayangkan kalau negara kita yg diserang?
Wahai umat islam sedunia, ayuh semarakkan perjuangan Palestin ini. Banya sgt yg kita mampu buat; doa, derma, penulisan di mana2 medium, demonstrasi dsb.

Wednesday, December 24, 2008

"Singapore flyers" mengalami masalah

Lupa nak share, lpas 'Idulfitri hari tu, Solah ngan ummi&ayah gi Singapore. Pastu, Solah ngan ayah gi la naik Singapore flyers (gambar2 ada dlm komp lain, nanti Solah update eh). Kami gi berdua je sbb ummi ada kursus. Memang best naik the world's largest "roda berpusing". Alhamdulillah, masa ayah dgn Solah gi sana tempohari, xda apa2 berlaku.

Bile terbaca kat paper td, rasa agak terkejut. Ada short circuit belaku, and the Flyers terhenti ketika sedang beroperasi. Bayangkan perasaan org2 yg berada di atas tu!.. 165m tinggi!
Maknanya, ciptaan manusia will always have its drawback.
Ciptaan manusia pasti ada kelemahan.

Syukur..

kalau nak, boleh baca kat sini >>

Monday, December 22, 2008

ummi&ayah jual tudung skrg, berminat?

ummi&ayah, dgn dibantu (disibukkan sebenarnya..hehe) oleh Solah telah memulakan bisnes menjual tudung.

Jenis tudung yg dijual adalah di kalangan tudung tiga segi (labuh) dan tudung bulat.
Cantik, mcm2 design ada, serius!

Saiz yg ada:
- tiga segi: 50, 52, 54
- bulat: 32, 34, 36

Kalau berminat, boleh hubungi ummi(0192631643) & ayah(0196052850)
p/s: Solah xde handphone lagi la

Wednesday, December 17, 2008

Embedded System OS

Linux's penguin (cute)

Ayah skrg tgh ikut kursus basic Linux.
Linux ni Unix-like (Unix ni OS utk komputer, created around 1969) OperatingSystem(OS), kira mcm Windows la yg popular skrg

Kenapa Linux? ni org2 yg involve in IT / programming lbih tahu
Linux ni free software - xmahal mcm Windows
Then die open source - boleh modify, boleh 'disebarkan', ikut suka kita

In some cases, people commented that Linux lebih laju dari Windows (ayah x penah compare lak)

Tp la, guna Linux ni mcm leceh sket la kot, dari apa yg ayah belajar dlm kelas 2 hari ni
Leceh sbb nak kena guna programming nak buat sesuatu; connect to internet, read pendrive etc. Tp ayah baru je belajar2, mung senanye banyak lagi faedah Linux ni

Anyway, kalau nak tahu lanjut, boleh mula dari sini >> Linux

Tuesday, December 16, 2008

GREAT news!! GREAT news!! hahahaha

Manusia paling hina dilontar dgn kasut, digelar anjing

Alhamdulillah, takbirr!!
Takbir!!
Takbirr!!

Manusia hina, Bush telah dibaling dgn kasut dlm satu sidang akhbar 'farewell' di Baghdad semalam. Dia dilontar 2 kali, tapi balingan2 tersebut tidak berjaya mengenai kepala hina itu.

Solah sgt seronok melihat apa yg berlaku. Bush adalah salah seorang manusia paling jahat dan hina di dunia, pandai berpura2. Dan dia telah DIHINA!!!!

Dan apa reaksi rakyat Iraq? "..Thanks be to God, Muntazer's act fills Iraqi hearts with pride," his brother, Udai al-Zaidi, told Reuters Television..".
Lagi, "..Throwing shoes at someone is the worst possible insult in the Arab world..."

selepas dibaling, manusia tak malu ni masih berpura2 dgn berkata saya x kisah... buat2 senyum. Sedangkan ini adalah satu penghinaan, bukan utk si hina ini shj, tapi utk rakyat US seluruhnya. Bayangkan kepala ketua kita kena baling dgn kasut, apa kita patut rasa? Dan diherdik dgn perkataan "anjing".. Hmm?

Ini buktinya, kejahatan masih ada yg memahami dan membenci pelakunya
Bukan semua benda boleh ditutup dgn media
There will always be people yg strongly abide, follow, and do jihad against kuffar

berita selanjutnya:
beritaharianonline
thestaronline

Friday, December 5, 2008

Mari laksanakan ibadah qurban



"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

inilah sebaiknya jika kita berkemampuan
why not, kan?

'Eiduladha


Salaam,
Para jemaah Haji mendekati Allah disana dengan memakai Ihram, berTalbiah dan berdo'a, dan mereka yang lain (selain dari jemaah haji) berada dirumah2 mendekati tuhannya dengan berpuasa. Nabi saw telah ditanya tentang berpuasa pada Hari Arafah, baginda bersabda :
يكفِّر السنة الماضية والباقية
" Menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki" - [Hadith Riwayat Muslim dan lain2nya dari Abi Qatadah].
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
صيام يوم عرفة إني أحتسب على الله تعالى أن يُكفِّر السنة التي بعده والسنة التي قبله
"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" - [Hadith riwayat Tirmudzi].
Selamat Berpuasa!
Wassalam.

Tuesday, December 2, 2008

Perkahwinan yg banyaaak!


Praise be to God, banyak aunty2&uncle2 Solah akan menamatkan zaman bujang mereka bulan Disember ini. Memang, cukup banyak!

Uncle Ammar, Aunty NaNa, Uncle Usayd weekend ni
then, Uncle Zaid, Uncle Fendi
and banyaaaak lagi la...

ayah kata, "bulan ni, weekend boleh jimat duit utk lunch" hehe

'ala kulli hal, Solah doakan family mereka yg bakal dibina (as well as ummi's&ayah's) mendapat keberkatan Allah.
Keberkatan ni serius penting, sbb kalau Allah bantu, Allah bersama, insyaAllah bahagia
Solah yakin dgn ni!!

satu perkara lagi. Perkahwinan adalah satu event yg dianggap sgt penting oleh pengantin. Sanggup mengeluarkan jumlah duit yg banyak. Apapun, jgnlah kita biarkan apa yg kita lakukan jauh dari kasih Allah, lebih2 lagi utk hari best ni :). Contohnya, pengantin perempuan. Masa ni, janganlah pakai make-up yg berlebih2an, sampai tabarruj dgn semua yg hadir. Cantik satu perkara, keberkatan dari Allah kenalah fikir juga. Termasuklah adat bersanding, this is not an islamic tradition, it is in fact haram.

credit: Mak Long Iera, sepupu ummi, kahwin sabtu minggu lpas :)

Friday, November 21, 2008

lamenye Solah tak writing kat sini.. =)

Solah loves ayah&ummi soo much! sbb ayah&ummi sayang Solah...!

Alhamdulillah Solah skrg dah menjangkau umur 14 bulan (setahun dua bulan)
Solah dah boleh memanjat tangga rumah sampai atas, menendang ball yg ayah beli (sepupu Solah pon kdg2 Solah nak tendang jugak, ish2), 'bercakap' banyak benda, dan juga sometimes menyanyi! hehe
ni semua nikmat Allah pada Solah, dan juga ayah&ummi. Solah doa semoga Solah sihat dan membesar dgn membahagiakan ayah&ummi..

Anyway, last few weeks (maybe months) and another few weeks mendatang sgt hactic utk Solah.. ikut ummi ke Melaka (sampai accident!), gi bangi, kenduri sana sini. Solah ni kalau hujung minggu je mcm membesar dlm kerata pulak..hehe.

Hujung minggu ni pun Solah tak duduk rumah lagi, sbb ikut ummi gi program kat cheras, duk kat 'hotel' lg. Cuma kali ni lain sket sbb Solah kena lepak dgn kwn2 Solah, sbb ayah pon ada hal. kalau x, ayah la yg 'ganti' ummi kena mandikan Solah, bagi makan..hehe. dah la Solah nakal masa makan and susah nak makan, kesian ayah... tu yg Solah sayang kat ayah tu!

hmm, ok la nanti Solah citer lagi next time. lately Solah busy so x dpt nak tulis banyak2.
ok, Solah tidur dulu, slmz!


Friday, October 31, 2008

LAGI..

mangsa

Satu lagi peristiwa yg boleh menghilangkan kepercayaan org banyak pada sistem kehakiman negara Malaysia berlaku hari ini. Suspek kes bunuh Altantuya Shariibu, Razak Baginda dibebaskan dari tuduhan bersubahat dari kes tersebut.

Sbg salah seorang org banyak, ayah 'tidak' boleh mempertikaikan keputusan ini. Tetapi sbg salah seorang yg mengikuti rapat kes ini, keraguan menghantui fikiran ayah. Adakah benar Razak tidak terlibat? Alasan hakim, "..mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' terhadap Abdul Razak.." (Berita Harian online). GAGAL membuktikan...wallahua'lam

Seperkara lagi, apa ceritanya dgn penglibatan Balasubramaniam dan Raja Petra (pengakuan bersumpah mereka mcmna?) kenapa tidak dipanggil memberi keterangan? Then, adakah Sirul dan Azilah membunuh Altantuya secara 'suka2 sendiri', tanpa arahan sesiapa? Maknanya mereka kenal Altantuya, did something (apa2lah), then bunuh Altantuya? Apalah agaknya yg buatkan Sirul dan Azilah bengang sgt kat Altantuya sampai diorg bunuh (kalau berjaya dibuktikan mahkamah nanti la) perempuan tu.

This recent event will make org banyak makin ragu dgn sistem yg (konon) paling power kat negara. Ingat dgn kes Lingam, mcmna Lingam boleh 'taip' keputusan bagi pihak hakim?

Allah Maha Adil. Lepas di dunia takkan selamanya.

Tuesday, October 28, 2008

US (SATAN) invasion continues..!

once a satan, forever a satan..
klik here for more!!

US is the worst country in the world
Economically? bailing out companies while complaining on others
Military? claimed to be the bravest, yet the cowardest!!
Morally? SO CORRUPTED, cannot find other country which is worst

Wednesday, October 22, 2008

awang & MJ: its a baby boy!!

macam muka ayahnye la..hehe

alhamdulillah
pasti seronok hati abbati & mama si baby dgn kelahiran ini
dilahirkan 21/10/08, 4pm kat HUKM. 2.8kg :)

Solah pun happy, hehe

p/s: nama xda lagi, hari ketujuh iAllah

Monday, October 20, 2008

2nd Tech. Seminar on Underwater

Date: 16 Oktober 2008
Time: 0800 - 1700
Venue: Engineer Auditorium, Engineering Faculty, UPM
Event: 2nd Technical Seminar on Underwater System and Technology
Organizer(s):
1. URRG, USM
2. ITMA, UPM
3. NOD, MOSTI

Secara keseluruhannya, seminar ini membincangkan berkenaan dgn underwater system. banyak yg dibincangkan, terutamanya berkaitan perkembangan underwater technology di Malaysia.

Presenter utama (paling banyak slot) Dr Singhal dari National Physical Laboratory-NPL, India. Pembentangan beliau banyak menyentuh sensor, sonar etc. Juga Mr Amlis dari Subsea and Assoc Prof Dr Rizal dari URRG, USM.

Semoga seminar ini banyak manfaatnya pada hadirin, dan juga perkembangan underwater technology di Malaysia sbb kita masih sgt jauh di belakang negara2 maju. Bidang ini penting kerana antaranya ini merupakan salah satu cabang utama dlm military. Kalau kita tidak menguasainya, banyak bahayanya utk jangka masa panjang.


Dr Singhal ketika menyampaikan presentation

Sekitar Persiapan sebelum seminar oleh AJK2 program...

Jiman, Husaini and Fendi..

Zaid - design tag

Tuesday, October 14, 2008

Selamat Pengantin Baru, .. semoga..


ayah&ummi: "Akhirnya, pada tanggal 11 Oktober, hajat uncle Moja ingin memperisterikan aunty Nihlah tercapai jua.. majlis dilangsungkan di Bukit Antarabangsa, di rumah aunty Nihlah. semoga kedua2 mempelai akan terus tabah dalam mengharungi cabaran kehidupan yg mendatang."

Solah: "Solah pon nak doakan uncle and aunty, . uncle Moja, jangan lupa eh, haritu uncle dah ambik 'berkat' dari Solah kan, so faham2la ye uncle Moja, hehehe"

Monday, October 13, 2008

Open-Lab di URRG: Jamuan Raya!!

alhamdulillah baru siang tadi kat lab ayah, kami ahli2 lab buat jamuan aidilfitri

macam2 juadah ada;
(juadah yg dibuat sendiri)
lemang, ketupat, rendang daging 'dengdeng', kari ayam masala,
lontong, nasi himpit, trifles, brownies coklat
huh rajin memember ayah buat sendiri lemang, ketupat rendang sume ni
ayah x dpt tolongla, sbb ayah di KL, hehe
sehari suntuk semalam diorang bertungkus-lumus masak all these
jzkk, memang sedap, terutamanya rendang tu. kak wan mmg terer masak!
(juadah yg dibeli)
kek cheese+blueberry, sate, kuih2 raya etc...

kebetulan ada jamuan birthday Fende, so skali harung la alang2 dah ada kek and brownies.
then ada satu lagi hidangan yg dibawa oleh Alireza (he's an iranian) - mutton lasagna
sedap, juadah yg pertama habis dlm jamuan ni!

'ala kulli hal, semoga majlis kami tadi Allah berkati
semoga tetamu2 yg dtg tadi membawa rahmat utk kami
dan, semoga amalan kami di Ramadhan yg lalu Allah berkati.

antara juadah - lemang, ketupat, rendang, brownies and blueberry cheese kek

air bandung 'kaw' - dibikin oleh 'musolla 3028/9'..hehe

mutton lasagna (sebelum) - made by Alireza..

mutton lasagna (selepas) - hehe, juadah yg 1st habes..sbb unik kot

lontong and kuah lodeh

satay.. Akmal yg 'buat' :)

ada karamel (made by Apai), trifle (kak dira), fruit salad (hafiz)

periuk2 (kak dira punye) yg diguna utk masak ketupat, rendang, kari...

Friday, October 10, 2008

Makanan dan keperluan


Seperti mana hati, jasad fizikal kita juga memerlukan makanan sebagai salah satu asas keperluan utk terus hidup. Kalau hati, dia perlukan ketenangan. Ketenangan yg mcm mana? Ketenangan dlm mengharungi kehidupan seharian. Ketenangan ini takkan dapat dikecap tanpa petunjuk dari Tuhan yg Esa. Kalau tanpa Tuhan boleh tenang, maka ada masalah kat situ, sbb dlm kitabNya ada menyebut, ".. dgn mengingati Allah hati kan tenang".

Jasad fizikal? Mudah je. Makan char-koey-teow 2 pinggan konfem kenyang punya, atau pun terlebih kenyang. Tambah lagi dgn teh ais, makin sendat perut dibuatnya.

Antara dua keperluan ini, mana agaknya yg lebih penting? Dua-dua ada keperluan tersendiri, makanan tersendiri. Tapi adakah kita sbg manusia ni sentiasa adil dgn keperluan2 ni?

Rasanya, kita ni sbg manusia biasa lebih mudah memenangkan kehendak makanan jasad fizikal, sbb yg ini bila diperlukan terasa jelas keinginannya (rasa lapar la!). In fact, kita dah ada set timing utk beri jasad fizikal kita makan; breakfast before 10am, then lunch dgn member around 1tghr (sebelum Zohor), then mlm lpas maghrib makan malam pulak.

Makanan hati? Adakah perlu ketika waktu Zohor dah nak masuk Asar shj? Atau ketika Asar dah nak masuk Maghrib shj? Atau ketika tak boleh jawab kertas soalan exam yg ada depan mata shj? Jawapannya (yg mesti kita yakini sbg mukmin) tidak!

Alangkah indahnya hidup ini, tatkala kita disibukkan dgn tugas seharian, tak kesahla sbg cikgu ka, jurutera ka, doktor ka dsb, hati kita terasa seperti ingin berhenti sejenak dan membaca al-quran, atau beristighfar dsb. Dan lagi bagus kalau ada peluang, kita rest sekejap and baca sepotong dua ayat al-quran. Pasti terasa nikmat dgn amalan tersebut! Allahuakbar. Keinginan dan ingatan kita terhadap Tuhan tu sentiasa mencelah. Alangkah bertuahnya hati, beruntungnya badan di akhirat kelak.

Allah lah yg akan menentukan kita, sama ada ke neraka atau ke Syurga. Yg disukaiNya, pasti akan terasa selalu His blessings. Mcm mana nak rasa? kita akan tahu sendiri.

Wednesday, October 8, 2008

Selamat Hari Raya! =)




Solah penat beraya (hari raya pertama)

Masih belum terlambat lagi utk Solah, Ayah and Ummi ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua uncles and aunties, juga semua yg mengenali kami.

Semoga, amalan di Ramadhan yg lalu Allah terima. Dan semoga amalan2 tersebut akan membantu kita dlm 11 bulan mendatang. Ameen.

Tuesday, October 7, 2008

MELAMINE latest: White Rabbit candy

this is White Rabbit candy - looks familiar to ayah...:)

PETALING JAYA: Samples of White Rabbit Creamy Candy have been found to contain more than 50 times the permitted level of melamine. Tests on Ego White Rabbit Creamy Candy samples showed that the content of melamine was 135 parts per million (ppm) compared with 2.5ppm, the level permitted by the Health Ministry. Heath Minister Datuk Liow Tiong Lai has ordered outlets to remove the candy from their shelves and destroy all stocks.

read more>>

Friday, September 26, 2008

aktiviti2 ayah 'berbulan' ramadhan di Penang


Sempat beriktikaf dgn kawan2 di Penang (ni gambar masa iktikaf, ada tazkirah/forum). Yg dpan gambar ni supervisor ayah, PM Dr Rizal..

Berbuka puasa dgn kawan2

Seminar/daurah dgn kawan2 di Penang. Alhamdulillah

Zaid (bukan nama sebenar) yg keletihan 'memandu' kudanya.. tidor masa seminar..hehe

berbuka puasa di Restoran Anisani.. atas bukit!! memang happening atas bukit ni

terima kasih zaid sbb belanja makan kat Anisani
ada sekali tu (mlm) ayah gi makan siput dgn kengkawan. Tgk la siput pelik ni, ayah makan sampai sakit perut esok paginya!!!

mood raya?

alhadulillah, hari ni dah hari ke-26 puasa
so, mlm ni malam ke-27!
so jgn lupa utk iktikaf mlm ni, qiyam etc..

heh, tp ayah kena iktikaf dlm bas la mlm ni...balik KL nak jumpa Solah
dah lebih seminggu (paling lama stakat ni) x jumpe SOlah :)

anyway, kat lab ayah ni, mood raya dah menjelma
dok pasang lagu raya kuat2 la,..
gi shopping raya ramai2 la.. best3

salah satu aktiviti di bulan Ramadhan; ayah berbuka pose ramai2 makan ikan bakar dgn memember kat Penang :)

'ala kulli hal, raya tu (aidilfitri) mmg satu kurniaan Allah pada kita
utk kita rayakan
rayakan apa?
rayakan, kembalinya kita kepada fitrah
Alhamdulillah

Raya ni, di Malaysia, memang seronok
berjumpa sanak saudara, mengeratkan kembali tali persaudaraan
jumpe sepupu, makcik pakcik, uncle aunty
dan jugak moyang (utk SOlah la..hehe)
mesti Solah dpt banyak duit raya tahun ni..hehe

apapun, sebelum raya rabu dpan, jom kita teruskan amalan baik di bulan Ramadhan ni
Syawal masih belum sampai kengkawan
tapi Ramadhan dah nak pergi
so Ramadhan yg sket lg ni jangan tinggalkan
ok!!

Monday, September 15, 2008

kebingungan pemikiran sesetengah "pemimpin" memusnahkan


".. Walaupun wartawan Tan Hoon Cheng kemudiannya telah dibebaskan selepas 16 jam ditahan, namun JIM mempersoalkan penahanan tersebut atas kononnya untuk melindungi beliau daripada ancaman ke atas keselamatan beliau. Ini menurut Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dalam sidang akhbar di Ibupejabat Polis Bukit Aman pada 13 September 2008. Bukankah suatu yang amat pelik apabila seseorang ditahan di bawah ISA untuk menyelamatkan beliau daripada ancaman keselamatan sedangkan lazimnya seseorang ditahan kerana beliau dituduh memudaratkan keselamatan negara?.."

".. mana-mana pihak yang terkesan dengan sebaran awam yang dianggap menghina Islam supaya tampil proaktif dalam memberikan penjelasan yang bernas terhadap isu-isu yang dibahaskan. Islam tertegak di atas nas dan dalil Al-Quran dan Sunnah yang jelas. Tuntutan untuk mengemukakan hujah-hujah Islam secara berhikmah dan beradab sudah termaktub di dalam riwayat hadith-hadith yang sahih.."

baca lagi di sini

Thursday, September 11, 2008

ramadhan rahmat dari Ilahi


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183;
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
yang bermaksud, "wahai org2 beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti mana yg telah diwajibkan ke atas org2 sebelum kamu, supaya kamu beroleh taqwa"

Dan Allah befirman lagi dlm ayat 185;
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِى أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
"bulan ramadhan yg mana telah diturunkan quran di dalamnya sebagai petunjuk kpd manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yg benar dan yg batil)"

2 ayat ini menjadi bukti menunjukkan peri pentingnya bulan Ramadhan ini. DLm ayat yg pertama Allah berfirman, yg mana dlm firmannya Allah menyuruh kita semua berpuasa, yg mana boleh menjadikan kita insan yg bertaqwa.
Manakala dlm ayat kedua, Allah memberitahu kita ttg besarnya bulan ini di mana quran telah diturunkan, yg mana sebagai hidayah kepada kita.

Maha besar hikmah firman Allah ini dlm kehidupan kita sbg muslim. Allah telah mengatur seisi kehidupan kita, dgn amalan2 yg Allah janjikan jika kita melakukan dgn bersungguh2, maka akan membantu kita menjadi hamba yg taat kepadanya. Subhanallah.
Allah dah guide kita, Allah dah beri petunjuk pd kita. ALlah dah beri peluang pada kita, Allah berikan kita Ramadhan.

Alangkah ruginya jika kita tidak menyedari. Sama2lah kita lebihkan beribadah

Wednesday, September 3, 2008

kerana dia sudah pergi...

insyaAllah, kita semua boleh lakukan! Lakukan yg lebih baik di bulan ni!!

Tuesday, September 2, 2008

banyak dpt SMS Ramadhan kali ni

ada satu kelainan Ramadhan kali ni

sbb banyak dpt SMS ".. Ramadhan mubarak!.."

ni bagus ni

satu peringatan agar kita meraikan bulan Ramadhan

takdela asik send SMS hari raya je

Sunday, August 31, 2008

bulan Ramadhan menjelma lagi..




alhamdulillah

Takbir!!

syukur Ya Allah

kau izinkan kami jumpa Ramadhan

kau izinkan ayah, ummi dan Solah jenguk ramadhan kali ini

kau hidupkan hati kami ya Allah

Alhamdulillah

Thursday, August 28, 2008

cewah.. dah pandai posing

hehe.. Solah ni.. la ni (ckp utagha sket) asik manjat2 je.. huh

Wednesday, August 27, 2008

Permatang Pauh beb...

ni bukan gambar bulan, tp 'hot balloon' PAS di P.Pauh. mmg nampak mcm bulan!

banner DSAI

kain rentang BN

cantik gambar panorama ni...

amik masa behenti kat traffic light - guna kamera phone

balai Polis seberang Jaya - tempat amek permit ceramah. nasib baek tak kena provok


semangat gile... siap ada corong pembesar suara.. "Old newspaper..." haha

lagi kain rentang BN (atas motor ni.huhu)

markas geng BN

hoho...


Zaid (bukan nama sebenar) bersama permit ceramah di Telok Wang

Permit ceramah Telok Wang

Zaid (juga bukan nama sebenar) excited pakai topeng Anwar

tempat lepak - minum2 kat p.pauh