Monday, June 23, 2008

memang Denmark kurang ajar!!

memang Denmark kurang ajar!!
come-on, apa kita nak buat pada Denmark sbb hina Islam, Nabi kita?

*****************************

OIC kesal keputusan mahkamah Denmark berhubung kartun kontroversial

DUBAI: Badan Pemantau mengenai Islamofobia Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) menyatakan kecewa dan kesal terhadap keputusan sebuah mahkamah Denmark bahawa penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad oleh akhbar Jyllands-Posten di Denmark pada 2005 tidak salah di bawah undang-undang negara itu atas alasan tindakan ganas dilakukan atas nama Islam. "Keputusan mahkamah Denmark itu mengejutkan OIC ketika hampir semua kerajaan di Barat termasuk Amerika Syarikat membuat kenyataan tegas yang menolak sebarang kaitan antara Islam dengan keganasan," kata jurucakap dari badan berkenaan dalam satu kenyataan. Laporan berita AP menyatakan Mahkamah Tinggi Barat di Aarhus, ke barat laut Copenhagen, pada Khamis mengekalkan keputusan mahkamah rendah tahun lalu yang menolak dakwaan masyarakat Islam bahawa 12 lukisan itu bertujuan menghina nabi dan mempersenda Islam.

Mahkamah itu berkata tidak ada bukti bahawa langkah Jyllands-Posten menyiarkan kartun itu untuk menggambarkan orang Islam sebagai penjenayah atau pengganas, menurut laporan AP itu. Paparan gambar Nabi Muhammad dilarang di bawah undang-undang Islam. Kartun berkenaan dicetak semula oleh akhbar-akhbar di Eropah pada 2006, dan akhbar Denmark awal tahun ini. - Bernama
*****************************

No comments: