Tuesday, December 30, 2008

Palestin, kami menangis bersamamu!

sedihnya.. kalau Solah yg cedera mcm ni,... ALLAHuakbar!!

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Solah, ayah&ummi berasa cukup simpati dgn rakyat Palestin. Rasa seperti hendak menangis! Rasa mcm nak tumbuk org, geram! Sungguh, Israel laknat sgt kejam. haruskah dibunuh civilians dlm perang yg berat sebelah sebegini?
Sudahlah tidak menghormati gencatan senjata selama ini, tetapi masih lagi menyerang dan memberi alasan2 mengarut mengaburi masyarakat dunia.
Sedarlah masyarakat dunia, kita ditipu bulat2 oleh cerita2 yg dikarang oleh US dan Israel. Kita ditipu supaya menganggukkan kepala membenarkan apa yg berlaku ke atas rakyat palestin.


Semalam di UK, 2000org keluar untuk menunjukkan bantahan kepada Israel. Dan alhamdulillah, mereka bukannya org Islam. Ini menunjukkan krisis bukan shj difahami oleh org islam, malah bukan islam juga sudah memahami jeleknya US dan menunjukkan sokongan kepada Palestin.
Isu human rights - yg selama ini digambarkan seolah2 diterajui US juga sebenarnya hanyalah satu permainan gila yg menipu kita masyarakat dunia. Mereka bukanlah peneraju isu human rights, tapi mereka peneraju "American Way of Human Rights". Buktinya? Hamas yg memenangi pilihanraya demokrasi yg dilaung2kan mereka dinafikan hak menerajui Palestin atas alasan Hamas pengganas dan tidak layak. Ini adalah satu pembohongan terpilih yg sangat laknat bertujuan memenangkan nafsu mereka semata2.


Wahai masyarakat dunia, bangkitalah kita menentang pencabulan ini dengan apa shj cara. Bayangkan kalau negara kita yg diserang?
Wahai umat islam sedunia, ayuh semarakkan perjuangan Palestin ini. Banya sgt yg kita mampu buat; doa, derma, penulisan di mana2 medium, demonstrasi dsb.

Wednesday, December 24, 2008

"Singapore flyers" mengalami masalah

Lupa nak share, lpas 'Idulfitri hari tu, Solah ngan ummi&ayah gi Singapore. Pastu, Solah ngan ayah gi la naik Singapore flyers (gambar2 ada dlm komp lain, nanti Solah update eh). Kami gi berdua je sbb ummi ada kursus. Memang best naik the world's largest "roda berpusing". Alhamdulillah, masa ayah dgn Solah gi sana tempohari, xda apa2 berlaku.

Bile terbaca kat paper td, rasa agak terkejut. Ada short circuit belaku, and the Flyers terhenti ketika sedang beroperasi. Bayangkan perasaan org2 yg berada di atas tu!.. 165m tinggi!
Maknanya, ciptaan manusia will always have its drawback.
Ciptaan manusia pasti ada kelemahan.

Syukur..

kalau nak, boleh baca kat sini >>

Monday, December 22, 2008

ummi&ayah jual tudung skrg, berminat?

ummi&ayah, dgn dibantu (disibukkan sebenarnya..hehe) oleh Solah telah memulakan bisnes menjual tudung.

Jenis tudung yg dijual adalah di kalangan tudung tiga segi (labuh) dan tudung bulat.
Cantik, mcm2 design ada, serius!

Saiz yg ada:
- tiga segi: 50, 52, 54
- bulat: 32, 34, 36

Kalau berminat, boleh hubungi ummi(0192631643) & ayah(0196052850)
p/s: Solah xde handphone lagi la

Wednesday, December 17, 2008

Embedded System OS

Linux's penguin (cute)

Ayah skrg tgh ikut kursus basic Linux.
Linux ni Unix-like (Unix ni OS utk komputer, created around 1969) OperatingSystem(OS), kira mcm Windows la yg popular skrg

Kenapa Linux? ni org2 yg involve in IT / programming lbih tahu
Linux ni free software - xmahal mcm Windows
Then die open source - boleh modify, boleh 'disebarkan', ikut suka kita

In some cases, people commented that Linux lebih laju dari Windows (ayah x penah compare lak)

Tp la, guna Linux ni mcm leceh sket la kot, dari apa yg ayah belajar dlm kelas 2 hari ni
Leceh sbb nak kena guna programming nak buat sesuatu; connect to internet, read pendrive etc. Tp ayah baru je belajar2, mung senanye banyak lagi faedah Linux ni

Anyway, kalau nak tahu lanjut, boleh mula dari sini >> Linux

Tuesday, December 16, 2008

GREAT news!! GREAT news!! hahahaha

Manusia paling hina dilontar dgn kasut, digelar anjing

Alhamdulillah, takbirr!!
Takbir!!
Takbirr!!

Manusia hina, Bush telah dibaling dgn kasut dlm satu sidang akhbar 'farewell' di Baghdad semalam. Dia dilontar 2 kali, tapi balingan2 tersebut tidak berjaya mengenai kepala hina itu.

Solah sgt seronok melihat apa yg berlaku. Bush adalah salah seorang manusia paling jahat dan hina di dunia, pandai berpura2. Dan dia telah DIHINA!!!!

Dan apa reaksi rakyat Iraq? "..Thanks be to God, Muntazer's act fills Iraqi hearts with pride," his brother, Udai al-Zaidi, told Reuters Television..".
Lagi, "..Throwing shoes at someone is the worst possible insult in the Arab world..."

selepas dibaling, manusia tak malu ni masih berpura2 dgn berkata saya x kisah... buat2 senyum. Sedangkan ini adalah satu penghinaan, bukan utk si hina ini shj, tapi utk rakyat US seluruhnya. Bayangkan kepala ketua kita kena baling dgn kasut, apa kita patut rasa? Dan diherdik dgn perkataan "anjing".. Hmm?

Ini buktinya, kejahatan masih ada yg memahami dan membenci pelakunya
Bukan semua benda boleh ditutup dgn media
There will always be people yg strongly abide, follow, and do jihad against kuffar

berita selanjutnya:
beritaharianonline
thestaronline

Friday, December 5, 2008

Mari laksanakan ibadah qurban



"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

inilah sebaiknya jika kita berkemampuan
why not, kan?

'Eiduladha


Salaam,
Para jemaah Haji mendekati Allah disana dengan memakai Ihram, berTalbiah dan berdo'a, dan mereka yang lain (selain dari jemaah haji) berada dirumah2 mendekati tuhannya dengan berpuasa. Nabi saw telah ditanya tentang berpuasa pada Hari Arafah, baginda bersabda :
يكفِّر السنة الماضية والباقية
" Menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang berbaki" - [Hadith Riwayat Muslim dan lain2nya dari Abi Qatadah].
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
صيام يوم عرفة إني أحتسب على الله تعالى أن يُكفِّر السنة التي بعده والسنة التي قبله
"Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya" - [Hadith riwayat Tirmudzi].
Selamat Berpuasa!
Wassalam.

Tuesday, December 2, 2008

Perkahwinan yg banyaaak!


Praise be to God, banyak aunty2&uncle2 Solah akan menamatkan zaman bujang mereka bulan Disember ini. Memang, cukup banyak!

Uncle Ammar, Aunty NaNa, Uncle Usayd weekend ni
then, Uncle Zaid, Uncle Fendi
and banyaaaak lagi la...

ayah kata, "bulan ni, weekend boleh jimat duit utk lunch" hehe

'ala kulli hal, Solah doakan family mereka yg bakal dibina (as well as ummi's&ayah's) mendapat keberkatan Allah.
Keberkatan ni serius penting, sbb kalau Allah bantu, Allah bersama, insyaAllah bahagia
Solah yakin dgn ni!!

satu perkara lagi. Perkahwinan adalah satu event yg dianggap sgt penting oleh pengantin. Sanggup mengeluarkan jumlah duit yg banyak. Apapun, jgnlah kita biarkan apa yg kita lakukan jauh dari kasih Allah, lebih2 lagi utk hari best ni :). Contohnya, pengantin perempuan. Masa ni, janganlah pakai make-up yg berlebih2an, sampai tabarruj dgn semua yg hadir. Cantik satu perkara, keberkatan dari Allah kenalah fikir juga. Termasuklah adat bersanding, this is not an islamic tradition, it is in fact haram.

credit: Mak Long Iera, sepupu ummi, kahwin sabtu minggu lpas :)