Wednesday, January 28, 2009

Solah won't forget u, US&Israel

25&26 january yg lpas, Solah ikut ayah and ummi ke Sg Congkak..
Solah really have good time there
Except for the air sungai (Solah will improve!)
and, the sands.. hehehe

tribute to uncle moja...

join retreat uncles&aunties karisma kejap..sambil buat bising :)

thinking, of the lies going to be done by the next America..

I'm not going to believe u, 'new' Bush!

I'm not afraid of ants and mosquitos, so why shud i be afraid of u, Israel?

I'm afraid of 'air sungai' more than the cowards (Israel, America, some Arab countries, UN, OIC...)

Wednesday, January 21, 2009

KT by-election 17th January 2009

Updating, among the latest most-talked issue in Malaysia
Last week, on 17th January, there is a by-election in Kuala Terengganu

Perlawanan 3-penjuru; BN, Bebas and PAS
Everything goes well as what newspaper said
Tapi, masih lagi berlaku beberapa kes, antaranya serangan2 peribadi, penyalahgunaan kuasa dsb

Bilakah perkara senegini akan selesai?
Even yg bertanding ni all muslims, tp masih berlaku

Anyhow, there are levels of iman, right!

Apa akan jadi lepas ni?

Apa akan jadi lepas ni?
Adakah isu Palestin akan gradually dilupakan?
Mentang2 Israel dah 'stop' kat sana (yeke dah? in future - no doubt)

Adakah isu Palestin akan dilupakan???
Tidak sekali2
At least utk Solah, ayah & ummi

BOIKOT kita pada produk2 si zalim ni mcmna?
Mesti teruskan
Sampai bila?
Why not sampai bila2?

Kalau kita boikot
Not actually in the offensive mood all the time,
Tapi kita belajar dari chinese
They bought chinese's, so their economy goes up!
So why not we did it with ours?
So kita teruskan ya..sama2..kalau sorang2 x jadi..

Solah at Palestine's gatherings last few weeks..:)

Kat stadium Melawati Shah la.. Solah meronta bila mak lang Lina pegang..

Solah at UKM's gathering.. tp Solah penat, sampai2 je trus tido..

tido lagi..

Latest, kat Bangsar. COMPLETE's gathering.. Solah tgh meronta nak bukak 'mafla'..

Monday, January 19, 2009

Israel started to lie again! and again!

According to this malaysia's daily news, Israelis psychologists discovered that the Israelis army whom involved in the war against palestine did "feel guilty" for what they've done in palestine. According to the report, Israelis army felt ashamed and 'hate themselves' for what they did.


For me, this is another lie-going-to-be-done by the Israelis.
So that people will slow down their anger towards Israelis.
This is a kind of escapism!

those feeling guilty and ashamed army are not sincere, theyve done really disastrous massacre, yet able to say things like that.

Can they really compensate? To prove what they said?
People can judge

klik (malay's article) >>

Wednesday, January 14, 2009

SAMA AQEEDAH SAMA DERITA

Bila memandu

Tempat kerja dituju

Radio siar berita pilu

Umat Palestine dibom bertalu-talu

Nyawa manusia ibarat debu

Tiada nilai sebegitu

Di sisi Israel berhati batu

Yang DILAKNAT ALLAH ITU

Yang kita kutuk selalu

Namun.., kita dengar

Adakah telinga hanya melebar

Faham, tahu dan sedar

Dengar, dengar... dan dengar...

Tapi hati tak berdebar-debar? ?..

Tak rasa gementar?..

Kalau anak-anak kita yang disasar

Oleh tembakan dan bom besar

Tulang dan daging hangus terbakar

Dek letupan dan phosporus mekar

Mekar panas, melecur menular!...

Adakah kita rasa

Tika jamah makan selera

Tersilap kunyah KFC segala

Enak lazat dan terlupa

Kita enak telan, tapi ada yang derita...

Itu lah ummat dan saudara kita

Palestine saudara kita di sana

Mereka jamah rumput dimana-mana

Miskin makanan air tiada

Memang dahaga jiwa tersiksa

Kotor cemar istinjak tak sempurna

Tidak tidur malam berjaga

Menunggu rezeki atas kepala

Hidangan bom dari angkasa

Yang digugurkan tidak bermata

Akan merentap nyawa keluarga

Melapah daging hidup mangsa

Sekaligus! Sekelip mata!..

Terhadap saudara kita seagama

Palestine saudara kira

Pejuang Al-Quds dan syuhada

Nun jauh di sana

Bila kita demo dan sorak

Usah suka, senyum dan riak

Hayatilah,bayangkan lah... mereka yang nazak

Darah bersimbah!.. mayat berselerak!. .

Kerana dibom atau ditembak

Barulah hati demonstran galak

Semangat Islam semarak

Jeritan dalam jiwa doa mukhlis semerbak

Ada ciri-ciri roh syuhadak

Tika Palestine diganyang

Usah kita seperti wayang

Berkonflik dan keliru sebarang

Tidak serius alang-alang

Ini soal Aqeedah terbilang

Silap percaturan bernasib malang

Islam akan jadi bahan sembang

Oleh musuh berhati jalang

Jijik jiwa macam binatang

Juga nanti jadi bahan dalam sidang

Oleh mesyuarat kabilah songsang

Oleh manusia Islam berhati musang

Yang bermukim di tanah gersang

Walaupun kaya minyak gelandangan

Moga kita tidak begitu

Marilah doa selalu

Buat saudaraku, saudaramu

Di tengah malam dengan syahdu

Dengan pilu kita merayu

Agar Allah terima rintihan kalbu

Daripada semua doamu, semua doaku...

Buat ummat Palestine saudaraku

Buat Hamas saudaramu...

Aminnn....

Al fakir, IKJ.


*** artikel di ambil dari saudara IKJ, NN, 14 january 2009***

Monday, January 12, 2009

Info: Map of the Arabs


Let us have a short look at this map attached.

It simply tells us on where Gaza is located. As well as Arab (Muslim i suppose) countries.
There are Turkey, Syria, Iraq, Jordan, Saudi Arabia (?!!), Egypt and Lebanon.

Then i wonder, where is Al-Azhar University? .. huh, no wonder why people nowadays looks down at al-azhar's graduates

Friday, January 9, 2009

Kanoute: Show your support to Palestine!

(Gambar: Freddy Kanouté)

dengan berani nya, beliau menunjukkan sokongan pada palestin
dgn memakai t-shirt bertulis "Palestine"
Lepas jaring gol, die "show off" the t-shirt!
what a show of support,kan!!

beliau adalah seorang player (striker) utk Sevilla, kelab bola sepak di Spain, la Liga

show more support, did you?

Wednesday, January 7, 2009

Tuesday, January 6, 2009

tidakkah ini cukup utk membuatkan kita menangis?

MERATAP... lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza, semalam.
klik >>

Sesiapa yg telah mempunyai cahaya-hati (anak2) pasti terasa
Akan kepedihan ayah ini...

Bangkitlah wahai muslim
Tentang kuffar!!
Banyakkan doa (at least)

a night at Putrajaya

Sabtu yg lepas, Solah ikut ayah&ummi ke Putrajaya, ada dinner office ummi kat sana. Bos ummi nak sambung belajar ke Australia, so diorg buat small gathering. Semoga Pn Sha dimudahkan Allah dlm segala urusan yg mendatang! Sume officemate ummi dtg, bersama keluarga terdekat masing2. But, unfortunately xda yg sebaya dgn Solah. So, Solah terpaksa main sorang2 (bukan sorang2, tapi terpaksa dikejar secara bergilir2 oleh ayah and ummi.hehe).

Makanan die kire ok la, alhamdulillah, kenyang kami sume. Tapi sebenarnya, di kala itu, Solah masih teringat kat saudara2 Solah di Palestin. Ya Allah limpahkanlah rahmatmu ke atas mereka, Ya Allah, jadikanlah kami sbg pembantu tetap utk mereka dan umat Islam selamanya, ameen.

Solah at Shangri-La, Putrajaya :)

makan buah.. jenuh nak jaga Solah, nak main je masa dinner

10.15mlm: dgn ayah kat atas jambatan Putrajaya

10.30mlm: Solah terpegun tgk org main remote-control car kat Dataran masjid Putrajaya

Friday, January 2, 2009

US tolak usul Libya


Antara update berita ttg Palestin harini:

>> Libya mengusulkan supaya majlis keselamatan PBB mengutuk Israel dan mendesak serangan ke atas Gaza dihentikan oleh tentera Yahudi. Walaubagaimanapun, draf resolusi yang diserahkan oleh Libya bagi pihak Liga Arab itu ditolak bulat-bulat oleh Amerika Syarikat (AS) yang menganggapnya sebagai tidak seimbang kerana tidak memasukkan frasa agar Hamas turut menghentikan serangan ke atas Israel. Duta Britain dan Amerika Syarikat (AS) ke PBB menegaskan resolusi itu perlu diperbaiki sebelum dikuatkuasakan kerana ia tidak menyatakan bahawa serangan roket Hamas ke atas Israel adalah punca operasi ketenteraan dijalankan (??) - ayat terakhir ni propaganda

>>
Serangan terbaru oleh pesawat pejuang Israel awal pagi ini memusnahkan bangunan Parlimen Palestin serta dua bangunan kerajaan lain dan 25 penduduk awam dilaporkan cedera.

>> Dr Osama Al-Muzzaini, salah seorang pemimpin politik bagi pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, menuduh bahawa Mesir berpakat sulit dengan musuh, Zionis dan merupakan rakan kongsi dalam pencerobohan ini, tambah beliau ketua risik Mesir, Omar Suleiman telah dipetik sebagai berkata , Hamas patut di beri satu pengajaran. - patut ke sesama Islam cakap mcm ni.. Allah..

Thursday, January 1, 2009

NewYear vs. Palestine


Malam tadi lepas lepak ngan kawan, ayah gi makan kat kedai mamak. Tgh mencekik, tetiba ada org dlm TV tgh dok mengira... mengira saat nak masuk ke tahun baru! NewYear! Ooh..
Mmg ramai org kat Dataran tuh. And dlm ramai2 tu, ada satu muka yg sgt kukenal. Pak Lah rupanya.. dgn isteri. Bagusnya buat sambutan yg dpt sambutan mcm sambutan NewYear ni. Ramaiii dtg!
Salah? Siapa kata salah??

Tu yg buat ayah terfikir, org Palestin tgh kena kejar dgn peluru berpandu, sebahagian dari kita plak tgh kira saat nak masuk tahun baru. Serupa? Tidak. God's Great!

Ya, ayah, Solah and ummi sedar tahun dah tukar jadi 2009. Tp kami ada satu 'sedar' tambahan. Saudara2 ayah, ummi&Solah kat Palestin. SGT kesian kat mereka! Sgt!

Pd pendapat ayah, org yg sensitif dgn keadaan saudara seislam nya di Palestin akan melakukan sesuatu dgn kadar yg baik, maybe sama or hampir sama baik dgn sambutan NewYear. Walaupun AmBank yg jd penaja utama sambutan NewYear di Dataran bersama2 Pak Lah, tapi kalau usaha dilakukan utk memohon sumbangan dari pihak2 yg berkemampuan, pasti satu majlis besar menunjukkan keprihatinan kita (muslim) terhadap rakyat Palestin (muslim) mampu (dan juga patut!) dijalankan. Dan, pada majlis ini sumbangan utk Palestin dpt dijana dgn banyaknya, pasti!
Perlu ke kita buat sesuatu utk sokong Palestin? Jawab sendiri lah ya.

Gambar demo di US EMbassy Selasa lalu

Ayah tahu, kerajaan Malaysia mungkin tidak mampu berfikir ke arah ini (mengasihi saudara seislam), kerana banyak lagi isu2 yg lebih penting pada mereka. Politik, bisnes, ekonomi merudum etc.
Tapi,kalau stakat nak jerit "we want peace" boleh kot...dulu pernah buat,kan?

Eh tapi, kan Malaysia negara Islam? Negara Islam x kesah saudara sendiri? .. hmm... bukan x kesah, tapi kan Malaysia 'mengutuk' serangan Israel, kan itu sudah cukup? btol jugak eh..
Tapi, ada ke negara di dunia ni yg jatuh hanya kerana org kutuk dia?? takde kot. entahlah, kerajaan Malaysia ni lain kot..