Monday, June 29, 2009

Hujung minggu..


Tiada apa yg pelik minggu lepas. Cuma pi kenduri walimah kawan ayah kat Ampang. Kenduri walimah ni agak 'luarbisa'. Bagi kami sekeluarga lah. Sebabnya? Tradisi walimah ni yg agak berbeza dari walimah yg lainnya.

Yg kahwin ni, kawan ayah masa di UIA. Berketurunan India Muslim. Apa yg lainnya? Kelainan pertama, tetamu tidak makan dulu sehingga pengantin tiba (pengantin tiba around 130ptg!!). Nasib baik kami sekeluarga dtg lewat, dlm kol 1 lebih. Kalau x, mencanak tunggu sejam lebih. Well, inilah kelainan nya. Kelainan kedua, kalau x silap, semasa tempoh 'menunggu', ada tazkirah. Power.

Maruku - appetizer

Si budak yg liat nak makan ni, menjamah sikit2 maruku yg diletakkan sendiri (tak boleh diganggu) ke dalam pinggan. Tapi bukan habis pun. TAPI aiskrim die habis dekat semangkuk setengah.. ish2 budak sorang ni

Kelainan ketiga, lauk pauknya. Ada 'ayam 85', kari kambing masala, beriyani, aiskrim, and yg paling pelik sket is 'bawang tairu' - looks like coleslaw la, almost. And satu lg, air 'sarbat'. Not sure apa benda, tp rasa dia agak memelikkan. Ayah hanya tahan minum secawan je.

Bawang 'masak' tairu

Tapi alhamdulillah. Rasa seronok sbb 'terpilih' menghadiri walimah ni, sbb lain dr yg lain. Dengan pengantin perempuannya yg pakai pakaian yg pernah kulihat masa cerita hindustan kat TV, dengan balingan bunga2 semasa pengantin berjalan, dan lain2 lagi.

Lepak2 di masjid, sambil solat-solat sket

Thursday, June 25, 2009

Kepingin durian..

i like this kind of durian - maybe nama dia durian kampong. kot la..
yg warna kuning2 cantik gebu kat Jusco tu kdg2 x sedap sgt..


akhir2 ni asyik2 terasa nak makan durian
bile nampak gambar pulut durian ni, makin2 terliur..

DURIAN.. ohh durian.. :)

Nak tengok dlm masjid Aqsa?

klik ni: http://www.360tr.net/kudus/mescidiaksa_eng/index.html
(macam 'google earth' inside the masjidil aqsa)

Tuesday, June 23, 2009

Pengakhiran yg bukan penamat


Akhirnya setelah beberapa lama perkara ini diputar belitkan media, persoalan utama terjawab.
"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional - Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi dan Lim Kit Siang" - dipetik dari Malaysiakini

Isu ini telah berlarutan beberapa ketika, dgn pelbagai telahan putar belit akhbar2 perdana Malaysia, juga telahan web2 dan suratkhabar maya yg lain. Dan akhirnya mereka membuat keputusan. This is good though, for certain quartet.

Najib: "Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan (Malaysiakini)".. Pulak dah..

Episod dan plot politik seterusnya akan berjalan dan terus berjalan.. Kita harus sentiasa ambil tahu, dan berwaspada!

Tuesday, June 9, 2009

Pembunuhan terbaru berlaku lg di Selatan Thai


"PATTANI: Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam masjid di selatan Thailand ketika jemaah sedang solat Maghrib semalam, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 19 yang lain di wilayah yang dilanda keganasan itu, termasuk imam Solat Maghrib berkenaan."

Sgt kasihan. Baru je last few days Najib ngan Abhisit cakap pasal pendidikan di Selatan Thai, ini balasan org Thai? Apa yg sebenarnya Abhisit boleh buat sebenarnya?
or, apa yg dia 'buat' sebenarnya?

utk berita lanjut, klik di sini

Friday, June 5, 2009

Solah @ Pantai Balok, Kuantan

1st day, sebelum bertolak ke Kuantan, Solah singgah bermain 'sepak belon' dlm Bank Islam Melawati. Ummi ada urusan kejap

After 3hrs journey, sampai la ke Resort, dah around 4pm masatu. Benda pertama Solah buat - 'suruh' ummi beli ball kat kiosk resort, hehe.. salah ayah&ummi jugak, terlupa betul nak bawak ball Solah dr rumah (cuba tgk dkat2 ball ni, siap dlm jaring bungkusan lg)

Lepas ayah bukak bungkusan ball tu je, Solah terus main 'kick ball' kat depan kiosk tu jugak! tersenyum je ayah&ummi.. terus pi minum petang je la

Lepas minum petang, terus ke pantai. Hidup udara segar ~ Solah masih dgn ball baru nya. Tapi yg x bestnye, Solah 'geli' pijak pasir.. hei, Solah2x.. Penat ayah&ummi kena dokong awak je

Mlm tu lepas mandi and tukar pyjamas, Solah masih dgn ball barunya.. Dalam bilik pon Solah layan je..

Pukul 830 mlm, lpas ummi gi prog dgn kawan2nya, bermulalah 'kehidupan' Solah bersama ayah lagi.. berdua kemana shj hehe.. Tempat pertama dituju, masjid. Walaupun dah solat jamak qasar td, tp just singgah and solat sunat je. Terasa best nak lawat masjid. Solah x boleh masuk dewan solat, sbb AJK masjid x bg. So kami kena lepak luar dewan solat. Tp Solah steady. Solah 'solat' (solat versi Solah = sujud 2-3 kali, berdiri tegak and duduk antara 2 sujud ..hehe) je terus. pastu main2. Hmm, x suka lah halang masuk masjid (dewan solat) mcm ni. Tp lagi baik dr halang masuk masjid terus

Lepas ziarah masjid, xtau nak pi mana. Since Solah suka bola, bawak die pi tempat futsal, tgk org main bola. Solah mmg suka tgk bola, org main bola..

2nd day, bawak Solah pi jalan2. Ummi masih terus dgn kursus ~ So singgah kat Teluk Chempedak. Tapi Solah x dpt tgk, die lena habis dlm kereta. Sampai bilik ptg tu, sambung tido lg hehe. Ayah pon join sekaki lah,letih bawak Solah (dlm kereta)

Mlm tu ada BBQ. Tp Solah dah letih awal. Masa BBQ x makan sgt, just main 'kick ball' (ball=kacang peas dlm nasik goreng). Then balik bilik terus tido, xdpt ayah and ummi nak jalan2 minum air gelas besar mlm tu sbb Solah dah tido

3rd day, bawak Solah main swimming pool. Aduh, Solah takut air lagi... hmm. Asik menjerit je. Bile ayah menyelam pon Solah menjerit, sbb takut ayah 'hilang'.. Solah2x.. Takpela, harap2nya Solah akan suka main pool+sungai+laut+pasir+tanah lepas ni. Kena 'paksa' sket la Solah ni..

**********
Alhamdulillah, Solah sekeluarga selamat pulang ke KL pada petang hari ketiga tu. Seronok ayah, sbb dpt bwk Solah jalan2 jauh sket. Bagi Solah merasa sedikit kelainan dlm kehidupan seharian.

Pesan utk para bapa, janganlah merasa sukar bile kena jaga anak kecik nih. Mmglah x senang sgt, tp bila fikir2, mmg ada kemanisannya. Hehe, kadang2 geli hati bila kena berkomunikasi dgn budak kecik ni. Dahla comel, banyak karenah pulak tu. Kalau Solah ni, ayah nak masuk toilet pon die nak ikut. So ayah kena cakap kat Solah, "Solah, ayah want to go to the toilet, Solah wait outside k? Solah wait ah, wait ah..?" Kena tekan sket perkataan 'wait' tu, baru dia akan jawab, "aah..aah" (maksudnye yes la tu). Kalau x buat mcm ni, nanti ayah x tenang dlm bilik air tu, asik ada org panggil and ketuk pintu toilet dari luar, "ayah..ayah.."

Menjaga anak mmg perlukan kesabaran. Bile tgk masa ummi jaga Solah, terfikir jugak, hmm, mmg betullah bile org kata seorang wanita tu lebih sabar, kreatif dan cekal dlm melayan karenah anak kecik. Kenapa ya? Entahla, tp mmg susah nak tiru cara ummi jaga Solah. X tau la bapak2 lain mcmna :)

Kasih sayang seorang ayah & ibu terhadap anaknya mmg mendalam. Sanggup buat apa shj utk anaknya. Perasaan ni mmg Allah dah terapkan dlm hari parents tu. Satu kurniaan sebenarnya. Satu perasaan yg x boleh dibuat2 terhadap org lain. Yang tidak boleh dipelajari, tapi 'diperolehi' dgn sendirinya bila dah mempunyai anak. Ayah&ummi dulu pun x terbayang akan sayang kat Solah sampai mcm skrg ni.. kalau ada org menyakiti Solah, rasanya kalau x fikir panjang, mmg hilang sabar terus lah.

Tp this kind of kasih sayanglah yg wujud dlm hati kedua ibu bapa, yg Allah kurniakan utk pastikan kehidupan seorang anak itu terjaga dan terpelihara utk satu tempoh masa. Semasa kecil, anak2 x tahu banyak benda, so parents lah yg kena jaga, guide. Jaga dari sebarang kesakitan, kesilapan and kesusahan. Kena guide, ajar ttg kehidupan, since anak2 baru nak membesar. Kena guide mcmna utk dapatkan kehidupan yg terbaik - dari segi sosial, hubungan dgn pencipta, dan lain2. Kalau takde parents, siapa yg nak ajar dan jaga anak2 ni? And of course bile dah besar, kenalah bg anak2 berdikari lebih sket. Parents kena lah bagi chance kat anak2 utk hidup berdikari. Kalau dikongkong sgt, takut2 x boleh hidup anak2 tu nanti tanpa ayah&ibunya.. (part last ni theory lg, xde pengalaman lg nih..)

Wallahua'lam. Segala sesuatu yg kita lalui, Allah dah tetapkan ada hikmahnya. Mmg x dpt nafikan benda ni. Its either kita perasan and terima all the hikmahs, or kita just let
it go.

'Nasihat' kepada Dunia Islam?


I really don't like this, or do you think i should??
Obama is the President of the country, that hates Islam the most, kan?
dengan org macam Obama, bolehkah kita percaya?
Boleh org mcm ni petik ayat quran ttg keamanan?? geramnye aku

Betul, kita kena bersangka baik, menerima 'permohonan maaf' (US buat permohonan maaf ke? I dont think so). Islam ajar kita tu semua. Tapi Islam ajar kita jugak ttg tabiat buruk org2 Yahudi dan Nasrani. Mereka takkan redha dgn kehidupan kita jika berlandaskan Islam.

Perlindungan yg US beri pada Israel pulak, mmg menyakitkan hati. menyalahkan penduduk tanah yg terjajah (Palestin) dlm semua segi. Sgt kurang ajar.

huh. tension la fikir mende ni. sbb media potray image Obama ni mcm bagus je. kalau ada org yg x banyak ambil tahu, mungkin akan cakap, "huh, lega US dah nak baik ngan kita". Tapi jangan lupa, tgk balik lipatan sejarah. Apa yg dah US lakukan selama ni? Penglibatan Israel? ni pon satu benda yg x pernah setel.

nak baca lanjut bagi meluat, klik link ni dan ini
kalau korang x meluat aku x tau la



Thursday, June 4, 2009

interesting story!

NEW YORK (CNN) -- A potential victim became a compassionate counselor during a recent robbery attempt, changing the would-be criminal's mind -- and apparently his religion.

Surveillance video shows storekeeper Mohammad Sohail holding a robber at bay with a shotgun.

Storekeeper Mohammad Sohail was closing up his Long Island convenience store just after midnight on May 21 when -- as shown on the store's surveillance video -- a man came in wielding a baseball bat and demanding money.
"He said, 'Hurry up and give me the money, give me the money!' and I said, 'Hold on'," Sohail recalled in a phone interview with CNN on Tuesday, after the store video and his story was carried on local TV.

Sohail said he reached under the counter, grabbed his gun and told the robber to drop the bat and get down on his knees. "He's crying like a baby," Sohail said. "He says, 'Don't call police, don't shoot me, I have no money, I have no food in my house.' " Amidst the man's apologies and pleas, Sohail said he felt a surge of compassion.


He made the man promise never to rob anyone again and when he agreed, Sohail gave him $40 and a loaf of bread. "When he gets $40, he's very impressed, he says, 'I want to be a Muslim just like you,' " Sohail said, adding he had the would-be criminal recite an Islamic oath.

"I said 'Congratulations. You are now a Muslim and your name is Nawaz Sharif Zardari.'"


When asked why he chose the hybrid of two Pakistani presidents' names, the Pakistani immigrant laughed and said he had been watching a South Asian news channel moments before the confrontation. Sohail said the man fled the store when he turned away to get the man some free milk. He said police might still be looking for the suspect but he doesn't intend to press charges. "The guy, you know, everybody has a hard time right now, it's too bad for everybody right now in this economy," said the storekeeper.


Tuesday, June 2, 2009

roboh: Sultan Mizan's stadium in Terengganu

KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, yang baru setahun digunakan, runtuh jam 9.30 pagi tadi.

Runtuhan itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa tetapi sebuah kereta dan empat motosikal yang diletakkan di sekitar stadium itu ranap.

Runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi kawasan grandstand termasuk pentas diRaja.