**********
Alhamdulillah, Solah sekeluarga selamat pulang ke KL pada petang hari ketiga tu. Seronok ayah, sbb dpt bwk Solah jalan2 jauh sket. Bagi Solah merasa sedikit kelainan dlm kehidupan seharian.Pesan utk para bapa, janganlah merasa sukar bile kena jaga anak kecik nih. Mmglah x senang sgt, tp bila fikir2, mmg ada kemanisannya. Hehe, kadang2 geli hati bila kena berkomunikasi dgn budak kecik ni. Dahla comel, banyak karenah pulak tu. Kalau Solah ni, ayah nak masuk toilet pon die nak ikut. So ayah kena cakap kat Solah, "Solah, ayah want to go to the toilet, Solah wait outside k? Solah wait ah, wait ah..?" Kena tekan sket perkataan 'wait' tu, baru dia akan jawab, "aah..aah" (maksudnye yes la tu). Kalau x buat mcm ni, nanti ayah x tenang dlm bilik air tu, asik ada org panggil and ketuk pintu toilet dari luar, "ayah..ayah.."
Menjaga anak mmg perlukan kesabaran. Bile tgk masa ummi jaga Solah, terfikir jugak, hmm, mmg betullah bile org kata seorang wanita tu lebih sabar, kreatif dan cekal dlm melayan karenah anak kecik. Kenapa ya? Entahla, tp mmg susah nak tiru cara ummi jaga Solah. X tau la bapak2 lain mcmna :)
Kasih sayang seorang ayah & ibu terhadap anaknya mmg mendalam. Sanggup buat apa shj utk anaknya. Perasaan ni mmg Allah dah terapkan dlm hari parents tu. Satu kurniaan sebenarnya. Satu perasaan yg x boleh dibuat2 terhadap org lain. Yang tidak boleh dipelajari, tapi 'diperolehi' dgn sendirinya bila dah mempunyai anak. Ayah&ummi dulu pun x terbayang akan sayang kat Solah sampai mcm skrg ni.. kalau ada org menyakiti Solah, rasanya kalau x fikir panjang, mmg hilang sabar terus lah.
Tp this kind of kasih sayanglah yg wujud dlm hati kedua ibu bapa, yg Allah kurniakan utk pastikan kehidupan seorang anak itu terjaga dan terpelihara utk satu tempoh masa. Semasa kecil, anak2 x tahu banyak benda, so parents lah yg kena jaga, guide. Jaga dari sebarang kesakitan, kesilapan and kesusahan. Kena guide, ajar ttg kehidupan, since anak2 baru nak membesar. Kena guide mcmna utk dapatkan kehidupan yg terbaik - dari segi sosial, hubungan dgn pencipta, dan lain2. Kalau takde parents, siapa yg nak ajar dan jaga anak2 ni? And of course bile dah besar, kenalah bg anak2 berdikari lebih sket. Parents kena lah bagi chance kat anak2 utk hidup berdikari. Kalau dikongkong sgt, takut2 x boleh hidup anak2 tu nanti tanpa ayah&ibunya.. (part last ni theory lg, xde pengalaman lg nih..)
Wallahua'lam. Segala sesuatu yg kita lalui, Allah dah tetapkan ada hikmahnya. Mmg x dpt nafikan benda ni. Its either kita perasan and terima all the hikmahs, or kita just let it go.
2 comments:
comeyl je solah peluk bola tu~
bile Solah nak dpt kawan (ibn mujahid yusuf rawa) ni.. hehe
Post a Comment