Tuesday, December 1, 2009

alhamdulillah, Solah dah berumur dua tahun!

16 september 2009 yg lalu (lama dah x update..malas? hehe) umur Solah telah masuk tahun yg kedua. Pelbagai liku2 kehidupan telah Solah tempuh, apatah lagi untuk ayah&ummi ni

walaupun,..
bila Solah nak 'keluar', ummi menahan sakit..
bila Solah menangis, ayah&ummi x boleh tidur..
bila Solah sakit, ayah&ummi kena ambil cuti, tak datang program..
bila Solah demam panas, tak nyenyak tidur ummi nak jaram air..
bila Solah kena pergi klinik homeopati, banyak wang dikeluarkan..
bila Solah gaduh ngan pakcu rebut mainan, kena belikan yg baru..
bila Solah punya baju dah bertahi lalat, kena diganti baru..
bila Solah menangis ditinggal ummi, ayah kena pujuk dgn susu coklat..
bila Solah kencing atas cadar masa nak tukar pampers, kena basuh cadar..
bila Solah buat bising di masjid, ayah naik segan kat imam..
bila Solah mengamuk dlm jusco, ayah & ummi x selesa nak beli barang..
..yang paling ayah tak tahan, bila Solah menangis masa hantar ayah ke stesen bas.. "..nak ikut ayah USM.. (nak ikut ayah pi USM)", ayah x sampai hati nak naik bas, kdg2 mengalir airmata ayah dlm bas sbb terpaksa 'berpisah'..

tapi, ..
bila Solah lahir je ayah&ummi rasa gembira sgt..
bila Solah baca alif, ba, ta, syukur rasa hati ini..
bila Solah cakap "sorry ayah" sbb buat ayah sakit, sejuk hati ayah..
bila Solah cakap "thank you ummi" masa ummi bagi roti, ceria hati ummi..
bila Solah nak ikut ayah ke masjid, rasa dunia ni ayah&ummi yg punye..
bila Solah bercerita dgn ayah dlm telefon, ayah rasa dekat dgn Solah..
bila Solah ajak ayah main tembak2, ayah cuba layan walaupun penat..
bila Solah dpt mainan baru, terus jadi 'good boy'..
bila Solah nampak benda tak baik, Solah akan kata "not good"..
bila Solah suruh ayah kejar motor polis, ayah drive laju2, hehe..


...
.....
syukur, inilah nikmatnya ada anak, rupa2nya
penat? memang penat..
habis duit? memang mengalir la..
tension? bila tiba masalahnya, tuhan saja yg tau..
gembira? SANGATlah gembira!
dan akan menjadi teramatlah gembira hati ayah&ummi kalau dapat melihat Solah dan adik2nya nanti, menjadi manusia yg meninggal dunia dlm keadaan pasti masuk ke syurga Allah! ameen ya rabb


dengan opah di pagi eidul-adha yg lalu

super-latest obsession; PISTOL

penerus pahala ayah&ummi setelah mati.. ameen!

gaya seorang ustaz memberi tazkirah

ayah: berapa harganya ni?
ummi: shoes tu RM15, yg lain2 tak ternilai...!



8 comments:

cahayalembut said...

comel sangat solah! ^_^

Solah sama birthday dengan Tok Andak la =)

solahuddin the warrior said...

oh yeke sama?..
kalau sedar awal bole beli kek hari raya hari tu.. hehe

Unknown said...

main pistool...dianak adik tu..kang pasni nak senapang la, tanker la..baik bagi dia adik buat kawan cepat2...lalalala

solahuddin the warrior said...

hei.. ko x tau.sabab tu lah takleh ada adik dulu, kang dipistolnye si adik tu.

nanti bile obsession tu dah takde (maknanya dah matang la), barula bagi adik. so that dia akan layan si adik dgn penuh kasih sayang mahabbah wa rahmah.. bagai menatang minyak yg penuh

pencari sejati said...

selamat hari lahir...

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
may ALLAH bless solahuddin

solahuddin the warrior said...

tenkiu2 paklang Naqib!
hehe

ni bila nak jumpa oghang penang ni..haha

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

nnt solah dah besar kena baca ni

QAYYIM HAFIDZI said...

gaya ustz tu yg tak tahan.mmg power ah pengisian die...

hmm, posting bln 12 tahun lepas. maaf solah! selamat belated birthday~huhu