Tuesday, December 29, 2009

Solahuddin Al-Ayubi

Solah bersama Ultraman Tiga yg dihadiahkan oleh 'Nenek Sabah' nya :-). He's too excited with the present. Ayah & ummi teringin nak tengok Solah excited dgn watak2 hero lain seperti Solahuddin Al-Ayubi mcm Solah excited dgn Ultraman ni, tapi mungkin at this stage agak sukar, sampai ayah kata kat ummi, ".. mungkin kalau Solahuddin Al-Ayubi punye baju nampak moden and boleh keluar api+pistol tu sume, budak kecik akan suke.."


As a father, besar harapan ayah untuk melihat Solah berjaya. Berjaya boleh ditafsir dlm banyak aspek. As a baby, cepat berjalan+berlari+bercakap+skills developemnt etc.. Kemudian berjaya dlm pelajaran di sekolah dan IPT, seterusnya dlm bidang kerjaya, berkeluarga, bermasyarakat.. dan banyak lagi.

Tapi, rugilah, kalau sbg parent, hanya harap anak lulus SPM with straight As..

Lagilah rugi, kalau hanya harap anak dapat kerja bergaji besar..

Semua ni mungkin seronok dinilai, sbb mungkin boleh dibangga dgn sanak saudara & rakan2 segenerasi..

Ayah & ummi pon inginkan Solah berjaya dlm aspek2 di atas, banyak manfaat. Tapi ayah & ummi sgt berharap supaya Solah berjaya dlm aspek agamanya. Gaji yg besar tak boleh dibanding langsung dengan seorang muslim yg soleh. Bukan sahaja Solah yg soleh, kami harap Solah akan melakukan banyak pengorbanan utk agamanya.

Kepentingan agama pada anak2 tidak boleh dibiarkan tanpa dirancang.. Dan pendidikan agama tidak boleh disedari oleh parent nya semasa anak2 telah pon dewasa dgn berkata, ".. kalaulah dulu kita didik dia dgn ajaran agama yg baik..". Kubur kita pasti bercahaya dgn anak yg soleh. Dan setelah kita mati anak yg soleh akan boleh terus doakan kita. Percayalah, kita perlu doa dari mereka itu.

Ayah & ummi selalu berharap, Solah (dan adik2 yg akan datang insyaAllah) akan tergolong dlm golongan manusia yg bila ditarik nyawanya, Allah redhakan dia masuk ke syurga. Dan antara lain yg memungkinkan Solah masuk ke syurga, is kami harap sgt Solah akan membantu agama Allah. Persis Solahuddin Al-Ayubi.. Thats all we hope.

Grant us our wish ya Allah..
Show us the very right path for achieving this!! Ameen

1 comment:

Anonymous said...

Assalaamualaikum Solah,

Aunty Rema pun turut berkongsi harapan mulia Ayah & Ummi Solah terhadap Solah tu..
sebab aunty pun sangat inpsired dengan pahlawan agung kita Solahuddin Al-Ayubbi.. maybe satu hari nanti Solah akan ada adik junior nama Solahuddin jugak.. ;) so ayuh para Solahuddin of the millennium age, moga dapat bangkitkan semula perjuangan wira-wira AdDeen kita yang terdahulu