Sunday, October 23, 2011

Solah cuba eja nama sendiri

S-O-l-a-h-h

saja nak share
solah eja nama sendiri
maybe dia ikut apa yg dia ingat dari school

Saturday, October 22, 2011

Proses bersembang sebelum tidur

Solah pegang deodorant. Nak ikut ayah, sbb tu die beli katenye..

Sekarang ni kalau nak tidur, Solah ni ada peel sket. Before this mesti nak tidur sebelah mama, peluk mamanye. Tapi disebabkan adiknya nak lahir x lama lg, kami kena ubah tabiat tu sket2. So lepas puas memujuk, akhirnya skrg ni ada giliranlah jugak. Kalau mlm semalam peluk mama, hari ni sebelah (peluk) ayah pulak. Hehe cute~

Sebelum tidur die suke mengomel. Mmg tabiat die. Die akan tanya, "ayah, apa kita nak sembang ni?".. So ayah kenala carik topik yg sesuai. Die mmg x reti nak bukak topik sgt, sekali sekala je lah.

So dlm pening2 nak carik topik perbualan tu, ayah pon terfikir 'why not guna peluang ni cerita benda yg baik, instead of cerite yg lagha (mcm kereta control la, racing car la..hehe)'.

So starting from that, ayah pon mula sembang benda-benda baik sketla. Sekali sekala, cerita "Eh Yahudi ni jahatla buat org palestin kan (dgn nada terkejut haha)..". Die akan terus berminat dan kami pun berceritalah melalut sampai die akan keluar ayat2 mcm "..nanti abg dah besar abg nak jadi Ultraman nak tolong Palestin..".. dan mcm2 lg la. hehe oklah tu. yg penting ada target dari kecik. Bukan tu je, ayah akan kaitkan sampai ke point "..Allah sayang kalau kita buat baik.. tolong org..", dan Solah akan tambah "tolong org mcm Ultraman!..(ultraman lagi..)", ".. nanti nak masuk syurga, dalam syurga ada mainan...Ultraman (mainan jugak).. racing car.. etc etc)".

Itujela nak share. Ini mungkin salah satu dari contoh2 aktiviti kami la. I regard this as a process utk terapkan perkara baik pada anak-anak, menerapkan tasawwur islam sejak dari kecil lg pada dirinya.

And actually proses menerapkan benda baik pada anak ni, from my point of view, kena istiqamah dan x boleh celup2 ikut sempat je. Ayah pernah dulu masa Solah kecik rajin bawak Solah ke masjid. Tapi after sometime, busy dgn kerja dan program sampai jadi jarang bawak dia. Yelah mana taknya, kita rushing nak gi meeting lepas office, so keluar nak ke masjid tu terus nak ke meeting so x bolehla bawak dia (balik meeting lambat). Kesannya, Solah punya minat nak ke masjid berubah! Mmg ketara. Kalau sebelum ni mcm pakguard tunggu depan pintu bile tau ayah nak gi masjid, lepas2 tu trus pergi pun taknak, tak best katanya.

Alhamdulillah lepas sedar benda tu berlaku ayah pun ubah sket style, cuba utk bawak Solah semula dan cuba ubah sket style so that ada masa utk bawak die gi masjid kecik (surau). Mula2 dia liat jugak, tp nampaknye skrg dah makin kendurla. Oklah tu.

Allahul musta'an..

Friday, October 21, 2011

Prof Aziz Bari - pakar undang-undang digantung

Prof Aziz Bari, pakar undang-undang constitutional Law di Malaysia, telah digantung oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), atas kenyataannya yg dikatakan '... bertentangan dengan kepentingan universiti'.


Wait and see

Wednesday, October 19, 2011

Lama tak menulis. Solah dah 4 tahun, and somebody is coming..

alhamdulillah thummalhamdulillah

lama x update blog ni :)

Solah dah berumur 4 tahun last September (16th). and iALlah Solah pun akan dapat adiknya this early December (nak kena tukar nama bolg ke ek, jadi abusolah&...)

dengan (bakal) kelahiran ini, tugasan kami (termasuk Solah) akan bertambah. Banyak juga bekalan perlu disediakan. Bukan bekalan fizikal je, tp juga persediaan rohani dan mental untuk menghadapi pertambahan ahli keluarga ni.

Lepas ni kalau ada apa2 program dan aktiviti, nampak gaya Solah kena ikut ayahla. Baby mestila ummi kena jaga, senang nak nyusu. So bolehla ayah balik awal setiap kali program hehe.

Bincang pasal baby baru, Solah asik sebut nak baby boy. Die rasa baby boy boleh jadi 'kawan' die, die kata baby girl x best. hm, budak2 apalah die tahu.

ok nanti sambung lagi..